Qatar mencipta kejutan dalam aksi debut mereka dalam Copa America apabila berjaya mengikat Paraguay – dalam aksi yang berlangsung di dalam stadium yang hampir kosong – di Maracana.
Qatar ketinggalan 2 gol, namun berjaya menjelmakan kebangkitan untuk memastikan mereka memperoleh 1 mata.
Qatar dan Jepun merupakan 2 negara jemputan dalam edisi Copa America kali ini.
Paraguay mendahului seawal minit ke-4 menerusi penalti Oscar Cardozo. Ianya seakan-akan petanda buruk kepada kempen Qatar.
Pemain Qatar, Amoez Ali kemudian gagal menyempurnakan peluang dari jarak dekat.
Pada awal separuh masa kedua, Paraguay sekali lagi menjaringkan gol awal – namun dibatalkan oleh VAR.
Walaubagaimanapun Paraguay tidak menunggu lama apabila Derlis Gonzalez menjaringkan gol pada minit ke-56. Kali ini dengan percubaan ‘roket’ menarik dari luar kotak penalti.
Aksi kebangkitan Qatar bermula pada minit ke-68 menerusi percubaan lencong cantik oleh Amoez Ali – yang menebus kegagalannya pada separuh masa pertama.
Qatar's Ali Almoez just scored this cracker vs. Paraguay.
— Ayodeji Ayodeji (@AyodejiX2) June 16, 2019
9 minit kemudian, mimpi ngeri buat Juan Rodrigo Rojas yang tertampan bola ke gawang sendiri.
Qatar berjaya bertahan dengan baik untuk baki perlawanan dan menamatkan perlawanan dengan seri 2-2.
FT: 🇵🇾 Paraguay 2-2 Qatar 🇶🇦
In their first ever #CopaAmerica match, Qatar come from behind to salvage a point in their opening Group B tie 👀#PARQAT pic.twitter.com/WcRau0WsCy
— GOAL (@goal) June 16, 2019
Jurulatih Qatar – yang merupakan bekas jurulatih skuad belia La Masia – Felix Sanchez kagum dengan semangat juang para pemain.
Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Sanchez berkata: “Kami menguasai perlawanan dalam beberapa fasa – walaupun ketinggalan 2 gol. Kami tidak pernah berputus asa.”
Jurulatih Paraguay, Eduardo Berizzo menyatakan mereka harus menyalahkan diri sendiri kerana banyak sekali terlepas bola dengan mudah dan membenarkan pihak lawan menguasai bola.
“Kami hari ini berhadapan dengan pasukan yang sangat baik. Kami perlu membina permainan dari tengah. Keputusan hari ini seperti ada hadiah dan hukuman yang kami dapat dalam masa yang sama.”
FT: 🇵🇾 2 – 2 🇶🇦#Paraguay squandered a two goal lead in the 2nd half and that could prove to be a valuable point for #Qatar.#beINCopa #PARQAT #CopaAmerica pic.twitter.com/HIj5tGOJn1
— beIN SPORTS (@beINSPORTS_EN) June 16, 2019
Jika Qatar berjaya mengekalkan aksi mereka dalam perlawanan-perlawanan akan datang, mereka tidak akan menjadi pasukan ‘lubuk mata’ seperti yang diwar-warkan sebelum kejohanan bermula.