Copa America: Australia Akan Jadi Pasukan Jemputan Edisi 2020?

Copa America secara rasminya melabuhkan tirai untuk edisi 2019. Tetapi tahukah anda, kejohanan ini akan berlangsung pula pada tahun hadapan?

Perubahan

Pada pertengahan Jun lalu, CONMEBOL mengumumkan bahawa mereka akan menganjurkan kejohanan ini pada 2020. Edisi seterusnya pula akan diadakan pada 2024.

Ini bererti, Copa America akan berlangsung pada musim panas sama dengan dengan kejohanan EURO selepas ini.

CONMEBOL juga merombak format kejohanan itu. 12 pasukan akan diasingkan kepada 2 kumpulan berdasarkan kedudukan geografi. Satu kumpulan akan disertai oleh 6 pasukan termasuk salah satu pasukan jemputan.

Menariknya, perlawanan bagi setiap kumpulan akan diadakan di sebuah negara.

Undian dilakukan

Kumpulan Zon Utara telah menyaksikan Brazil, Colombia, Venezuela, Ecuador dan Peru diundi bersama. Semua perlawanan Zon Utara akan diadakan di Colombia.

Manakala Kumpulan Zon Selatan memperlihatkan kehadiran Chile, Uruguay, Argentina, Paraguay dan Bolivia. Perlawanan kumpulan Zon Selatan pula akan dianjurkan di Argentina.

Dua pasukan jemputan akan diundi sama ada menghuni Zon Utara atau Selatan. Undian pasukan jemputan akan diadakan kemudian.

Slot jemputan milik siapa?

PORTO ALEGRE, BRAZIL – JUNE 23: The two teams shake hands ahead of the Copa America Brazil 2019 group B match between Qatar and Argentina at Arena do Gremio on June 23, 2019 in Porto Alegre, Brazil. (Photo by Chris Brunskill/Fantasista/Getty Images)

CONMEBOL telah dilaporkan meluluskan jemputan kepada dua pasukan terakhir yang memenangi Piala Asia. Pasukan yang dimaksudkan ialah Australia dan Qatar.

Australia menjuarai Piala Asia edisi 2011 manakala Qatar mengungguli gelaran tersebut pada 4 tahun kemudian.

Pasukan yang menduduki tangga pertama sehingga keempat setiap zon akan beraksi di fasa kalah mati. Nampak meriah benar kejohanan itu nanti.

Cuma menjadi persoalan, kenapakah CONMEBOL begitu beria-ia menjemput pasukan dari konfederasi lain walhal ada jiran terdekat mereka iaitu CONCACAF.

Jika diamati betul-betul pada peta benua Amerika Selatan, ada juga negara mahu pun wilayah yang berkedudukan di situ. Cuma mereka menjadi ahli CONCACAF.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN