Conte Tolak Tawaran Real Madrid Demi Kekal Bersama Chelsea

Pengurus Chelsea, Antonio Conte dilaporkan telah menolak tawaran untuk bergelar pengurus Real Madrid.

Pengurus dari Itali itu dilihat hanya menunggu masa untuk meninggalkan Stamford Bridge, setelah Chelsea turut dilaporkan sedang giat untuk mencari pengganti yang sesuai.

Antonio Conte

Conte ditawarkan peluang untuk meninggalkan Chelsea oleh Real Madrid, setelah ditawarkan oleh jawatan tersebut oleh juara eropah 13 kali itu pada Khamis lalu.

Namun menurut Sky Sport Italia, pengendali berusia 48 tahun tersebut terpaksa menolak tawaran itu. Menurut Sky, Conte menolak tawaran daripada Real Madrid kerana enggan mengendalikan sebuah pasukan yang dipenuhi oleh deretan bintang.

Ini kerana pada pandangan Conte, ia adalah sukar untuk mengendalikan pemain-pemain tersebut untuk disesuaikan dengan etika kerja yang dibawa oleh beliau.

21 Nov 1999: Antonio Conte and Zinedine Zidane of Juventus celebrate against AC Milan during the Italian Serie match at the Stadio Delle Alpi in Turin, Italy. Mandatory Credit: Claudio Villa /Allsport

Conte turut dikatakan masih mahu memenuhi kontrak beliau bersama Chelsea, dan tidak akan pergi dari Stamford Bridge melainkan jika dipecat.

Pemecatan dilihat sebagai jalan keluar yang lebih baik buat Conte kerana pihak kelab terpaksa membayar beliau pampasan bernilai sehingga £9 juta untuk tujuan itu.

Perbalahan Conte dengan pengurusan tertinggi di Chelsea bukan lagi perkara yang boleh disembunyikan sejak awal musim lagi.

C (Photo credit should read BEN STANSALL/AFP/Getty Images)

Penjualan beberapa pemain utama seperti Nemanja Matic ke pasukan seteru adalah salah satu daripadanya. Ini diikuti oleh polisi pembelian pemain yang diamalkan oleh Chelsea, sehingga Conte sukar mendapatkan pemain dengan profail yang sesuai seperti yang dikehendakinya.

Selepas kekalahan Chelsea di tangan Arsenal pada musim lalu, Conte ditanya tentang masa depan Eden Hazard di Chelsea yang dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona.

Beliau memberitahu wartawan yang beliau tidak ada kuasa untuk menghalang perpindahan Hazard ke Barcelona.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN