Pengurus Chelsea, Antonio Conte berkata beliau sangat gembira setelah mengetahui bek sayap, Marcos Alonso berada di dalam senarai PFA Team Of The Year.
Conte kemudiannya bertindak mengecam persembahan pemain daripada Sepanyol itu selepas prestasi buruk pemain tersebut ketika berhadapan dengan Southampton pada hujung minggu lalu.
Alonso telah pun menjaringkan 6 gol untuk Chelsea dalam 31 penampilan EPL sepanjang musim ini. Ia adalah jumlah jaringan yang sama yang dihasilkan oleh pemain pertahanan itu pada keseluruhan musim 2016/17.
The PFA Premier League Team of the Year!
? #PFAawards pic.twitter.com/p4owLbuBp5
— PFA (@PFA) 18 April 2018
Walaupun membantu Chelsea bergelar juara EPL pada musim pertama Antonio Conte pada musim lalu, Alonso tidak tersenarai di dalam PFA Team Of The Year, dengan pertahanan Tottenham Hotspur dipilih untuk mengisi posisi bek kiri.
The Blues berada lapan mata di belakang Tottenham Hotspur yang telah beraksi lebih satu perlawanan untuk kedudukan tempat ke-4 EPL, sekaligus merebut slot untuk ke pertandingan UEFA Champions League (UCL).
Dan prestasi semasa Alonso turut mengundang kritikan daripada segelintir penyokong Chelsea.
Ketika ditanya oleh wartawan dalam sidang media baru-baru ini, Conte berkata:
“Saya gembira untuk Alonso. Tetapi semua orang tahu Alonso beraksi dengan teruk dalam perlawanan sebelum ini. Ya. Saya tahu kita harus berbicara aksi sebagai sebuah pasukan. Namun perlawanan menentang Southampton, Alonso beraksi dengan teruk sekali.”
Kritikan Conte terhadap pemainnya ini mungkin mempunyai asas.
Walaupun Chelsea bangkit daripada ketinggalan 2-0 sebelum menewaskan lawan mereka itu dengan jaringan 3-2 pada Sabtu lalu, ia bagaikan mimpi ngeri buat Alonso hampir sepanjang perlawanan.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu hanya melengkapkan 79% hantaran, jauh lebih rendah daripada apa yang mampu dilakukan oleh pertahanan tengah, Gary Cahill (88%) dan Andres Christensen (93%).
Alonso turut tidak melakukan sebarang percubaan melepasi pemain lawan sepanjang perlawanan, dan tiga daripada empat hantaran beliau gagal menuju sasaran.
Alonso turut merekodkan hanya satu hadangan (tackle) dan satu perebutan bola di udara (aerial duel) sepanjang tempoh perlawanan.
Chelsea akan berkunjung ke Burnley dan wajib menang perlawanan yang bakal berlangsung pada awal pagi nanti jika mahukan sebarang peluang untuk beraksi di saingan UCL pada musim hadapan.