3 Pemain Diberi Kad Kuning Kerana Simulasi, Conte Mahu Kualiti Sistem VAR Ditingkatkan

Antonio Conte

Ketua jurulatih Chelsea, Antonio Conte nyata tidak berpuas hati dengan sistem Video Assistant Referee (VAR) yang digunakan ketika perlawanan FA Cup antara Chelsea dan Norwich City semalam.

Dalam perlawanan tersebut, pengadil Graham Scott menjadi tumpuan kerana memberikan 3 kad kuning kepada 3 pemain Chelsea iaitu Pedro Rodriguez, Willian dan juga Alvaro Morata.

Semuanya diberikan kad kuning kerana melakukan simulasi di dalam kotak penalti.

Satu rekod baharu buat Chelsea apabila 3 pemain diberikan kad kuning kerana melakukan simulasi dalam satu-satu perlawanan.

Bagi Conte, sistem VAR ini perlulah diperbaiki lagi kerana ia belum lagi menunjukkan keberkesanan yang kepada pasukan.

“Saya rasa penambahbaikan perlu dilakukan jika kita mahu menggunakan sistem baharu.”

“Saya rasakan penalti patut diberikan kepada Willian, ia jelas.”

“Insiden penalti melibatkan Willian itu merupakan satu kesilapan. Namun ia bukannya kesilapan pengadil tetapi mereka yang menonton perlawanan itu (di bilik kawalan VAR).”

Antonio Conte

“Jika individu itu nampak situasi itu, maka beliau perlu memperbaiki mutu kerjanya.”

Kad kuning yang diterima pada perlawanan semalam terutamanya kepada Pedro dan juga Morata telah memberikan kesan buruk kepada Chelsea.

Hal ini kerana, kedua-dua pemain itu kemudiannya dikenakan kad kuning kedua dan dibuang padang pada masa tambahan.

Mujur buat Chelsea, mereka berjaya juga layak ke pusingan ke-4 FA Cup selepas menewaskan Norwich City menerusi sepakan penalti.

Sebelum itu, mereka terikat dengan jaringan 1-1 hasil jaringan Michy Batshuayi dan juga Jamal Lewis.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN