Musim ini boleh dikatakan satu musim yang sukar buat Chelsea bukan?
Baru sahaja Chelsea dimalukan 3-0 oleh Bournemouth di laman sendiri dalam aksi liga, kini pengurus mereka iaitu Antonio Conte berasakan peluang mereka untuk menduduki kedudukan 4 terbaik Premier League semakin pudar.
Conte sendiri mengaku yang peluang pasukannya untuk layak ke UEFA Champions League pada musim akan datang mula tipis tetapi beliau berasakan ianya normal.
“Perkara ini adalah perkara yang normal. Kami perlu risau kerana cabaran untuk ke kedudukan 4 terbaik ini pastinya sukar.”
“Musim ini cukup sukar. Kami perlu bersiap sedia, dan berperlu bersedia untuk berjuang.”
Cabaran sukar terus menanti Chelsea pada bulan Februari apabila mereka bakal berhadapan dengan pasukan Barcelona dalam aksi 16 pasukan terakhir UEFA Champions League.
Jadi jangkaan Conte adalah mudah, para pemainnya sudah faham dengan cabaran getir yang dihadapi mereka pada baki saingan musim ini.
“Saya bersedia dan saya fikir para pemain sudah bersedia dengan apa yang bakal menanti mereka pada baki saingan musim ini.”
“Kami perlu berjuang habis-habisan untuk dapatkan tempat ke UEFA Champions League musim ini.”
Chelsea kini menduduki tangga ke-4 Premier League selepas tewas kepada Bournemouth.
Mereka masih punya peluang untuk menjuarai FA Cup pada musim ini selepas berjaya menewaskan Newcastle United pada pusingan ke-4 tempoh hari.