Inter Milan dan Juventus memulakan musim Serie A dengan cemerlang setakat ini, walaupun Juventus seri 1 perlawanan. Inter pula menang kesemua 3 perlawanan awal.
Antonio Conte mendengar – seorang lagi bekas pengurus Chelsea – Maurizzio Sarri merungut tentang jadual perlawanan yang membuatkan Juventus bermain pada tengah hari berhadapan dengan Fiorentina.
Juventus seri tanpa jaringan dengan pasukan Fiorentina di Stadio Artemio Franchi. Sarri kemudian menganggap cuaca panas itu membuatkan Juventus terpaksa mengeluarkan 3 pemain kerana kecederaan, iaitu Douglas Costa, Miralem Pjanic dan Danilo.
#Sarri blames heat for #Juventus draw against #Fiorentina https://t.co/VtyqcJUGJt pic.twitter.com/AKLNrlvGJO
— CalcioMercato (En) (@CmdotCom_En) September 14, 2019
Sarri melihat ia sebagai salah satu faktor yang boleh menjejaskan usaha Juventus untuk mempertahankan kejuaraan. Sarri kemudian memberitahu wartawan, 1 mata dari Fiorentina adalah cukup baik, dengan mengambil kira aspek tersebut.
Conte dengan berseloroh berkata kepada Sarri: “Relakslah, kamu sekarang berada di pasukan yang sangat kuat.”
“Saya tidak mahu komen tentangnya. Ataupun kita sekarang harus mulai membuka perbandingan penyata baki akaun dan sumber kewangan.”
“Nampaknya ada orang itu perlu lebih tenang, kerana beliau sekarang berada di pasukan yang sangat kuat.”
#Inter and #Juventus are already starting the war of words, with Antonio Conte telling Maurizio Sarri to “calm down, as he’s on the powerful side now.” https://t.co/3XosPf1fgH #FCIM #SerieA #Napoli pic.twitter.com/fixEMGpQIO
— Football Italia (@footballitalia) September 15, 2019
Dengan pasukan yang sarat dengan bintang termasuk di bangku simpanan, kenapa Sarri perlu merungut berhadapan dengan Fiorentina? Sedangkan Fiorentina yang tidak memiliki kuasa kewangan seperti Juve, menerima sahaja keputusan itu.
Conte ingatkan Sarri
Antonio Conte sebenarnya mengingatkan kembali Maurizio Sarri kepada kritikan beliau ke atas Juventus beberapa tahun lalu ketika beliau menguruskan Napoli.
Menurut Sarri, ketika itu, Serie A pilih kasih dan sentiasa memihak kepada Juventus dalam semua perkara termasuk penjadualan liga.
Sarri menyatakan, salah satu sebab Serie A tunduk dengan Juventus kerana isu kuasa pasukan itu secara kewangan dan publisiti. Sehinggakan jadual Juventus sentiasa cantik, sesuai dengan tayangan secara langsung.
Seterusnya, Sarri ketika itu tak berpuas hati, jadual perlawanan Juventus seringkali selepas perlawanan Napoli.
Seterusnya, Maurizio Sarri pernah menuduh pengadil adalah di pihak Juventus.
“Untuk mendapatkan penalti di sini, anda perlu memakai baju belang-belang,” kata Sarri, merujuk kepada jersi Juventus yang bermotifkan warna kuda belang.
Dan Sarri pernah mengacungkan jari tengah kepada penyokong Juventus.
Sarri turut mengkritik kuasa wang Juventus yang dianggap beliau membuatkan pasukan itu membuli pasukan lain, dengan memborong bintang-bintang pasukan lain. Itu secara tak langsung melemahkan pesaing utama mereka.
Gonzalo Higuain antara pemain Sarri yang dibeli Juventus ketika itu.
Sarri berkata: “Napoli tidak akan mampu bersaing dengan Juventus dari segi kuasa kewangan.”
Dan kini, Sarri kembali semula ke Itali menjadi pengurus pasukan yang pernah disifatkan beliau serba-serbi terlampau kuat dalam semua aspek.
Conte tidak mahu Sarri mencari alasan terlalu banyak kerana beliau kini pengurus Juventus.
Jika tidak, ia bermaksud kritikan Sarri ke atas Allegri dahulu tidak relevan. Kerana ternyata penjadualan liga tidaklah berat sebelah seperti yang pernah dituduh Sarri.
Antonio Conte merupakan antara individu terawal yang membantu Juventus bangkit pada era kegemilangan mereka selepas Calciopoli.