Perlawanan akhir FA Cup tempoh hari menyaksikan satu insiden menarik berlaku.
Insiden tersebut adalah insiden di mana Victor Moses melakukan simulasi untuk memperoleh sepakan penalti buat Chelsea.
Namun begitu, pengadil Anthony Taylor memilih untuk melayangkan kad kuning kedua dan seterusnya memberikan kad merah kepada Moses.
Kad merah itu nyata memberikan tekanan kepada Chelsea yang telah pun ketinggalan ketika itu.
Pengurus Chelsea iaitu Antonio Conte tampil mempertahankan Moses.
Bagi beliau, Moses dalam keadaan keletihan dan bukannya mahu menipu pengadil ketika itu.
“Saya tak pasti dengan apa yang berlaku tapi saya tahu tumpuan pasti diberikan dengan banyak kepada insiden itu.”
“Bagi saya, Moses tidak berniat untuk menipu pengadil dan beliau hanya kepenatan ketika itu.”
“Jika pemain saya hendak menipu, mereka akan tipu betul-betul.”
“Kami sudah tiba di akhir musim yang dimana pasukan semuanya telah keletihan dan penat. Sudahlah kami ketinggalan, tekanan pula tinggi.”
Bagi Conte, Moses adalah seorang pemain yang jujur dan tidak akan melakukan perkara sedemikian.
“Semestinya tempat beliau jatuh itu adalah posisi yang tidak baik untuk menipu. Tetapi percayalah Moses adalah pemain yang jujur orangnya.”
“Beliau sememangnya kepenatan dan tidak mahu menipu pengadil.”