Alvaro Morata Penyerang yang menyertai Chelsea dengan jumlah perpindahan yang boleh mencecah £70 juta ini gagal menunjukkan aksi terbaik ketika menentang Inter Milan.
Conte tidak berselindung di sebalik aksi hambar Morata ini adalah kerana masalah kecergasan. Mungkin kerana Morata terlalu lama tidak beraksi sebagai pemain utama.
Conte dalam usaha mempersiapkan pasukan untuk Perisai Komuniti menentang Arsenal dalam 6 hari lagi. Jika Morata gagal untuk memperbaiki aspek kecergasan beliau, Conte tidak teragak-agak untuk meletakkan beliau di bangku simpanan.
Namun Conte tidak akan membiarkan pemain itu berseorangan dalam hal ini. Beliau sudah mengarahkan jurulatih kecergasan Chelsea untuk memberikan latihan sebaik mungkin kepada Morata. Conte berkata:
“Morata baru berlatih dengan kami. Dia harus meningkatkan aspek kecergasan beliau untuk memastikan dirinya dapat menyerasikan diri dengan pasukan kami.”
“Dia berlatih dengan lancar dalam masa 5 hari ini. Hari ini, dia cuba melakukan yang terbaik, tetapi yang jelas, masih banyak perkara perlu diperbaiki.”
Conte juga faham akan kondisi pemain mereka yang keletihan berhadapan dengan pasukan sekuat Bayern dan Inter. Chelsea menggunakan pasukan yang sama. Namun beliau menganggap mereka harus meningkatkan kesungguhan untuk mempertahankan EPL musim hadapan.
Conte juga tidak mahu mengulangi cerita sindrom musim kedua. Beliau berkata:
“Kami tahu betapa sukarnya musim hadapan. 2 musim lalu, kelab ini di tangga ke-10 selepas menjuarai liga tahun sebelumnya.”
“2 pengurus sebelum ini dipecat selepas menjuarai liga. Sudah pastinya saya mahu mengelakkan keadaan itu.”
Wartawan bertanya tentang spekulasi yang mengaitkan Matic dengan Manchester United. Conte memberitahu yang beliau tidak tahu apa-apa. Conte menyerahkan urusan tersebut kepada kelab.
Conte berkata:
“Saya tidak tahu apa-apa tentang hal itu (Matic). Anda harus hubungi kelab untuk kepastian tentangnya. Saya betul tidak tahu apa-apa.”