Pengurus Chelsea akhirnya membuka mulut berkenaan isu sensasi Diego Costa. Bos Chelsea tersebut sudah lama memberitahu Costa yang beliau perlu mencari kelab lain pada musim hadapan.
Antonio Conte jelas kecewa dengan sikap Costa yang tidak melapor diri untuk pra-musim meskipun beliau sudah diberitahu tiada dalam perancangan. Conte mengakui beliau tidak tahan dengan sikap Diego Costa di dalam pasukan.
Beberapa minggu selepas meraikan kejuaraan EPL, Costa mengamuk kerana menerima satu pesanan teks oleh Conte menyatakan beliau tiada dalam perancangan untuk musim hadapan.
Costa yang bercuti di Brazil memberitahu beliau tidak akan kembali ke Chelsea kerana tidak diperlukan di situ.
Conte memberitahu, teks pesanan itu sudah lama dihantar kepada kepada Costa. Ianya sudah dimaklumkan kepada penyerang antarabangsa Sepanyol itu pada Januari lalu.
Ini selepas Diego Costa bergaduh dengan jurulatih kecergasan. Conte mengambil tindakan dengan mengarahkan pemain itu berlatih seorang diri dan disisihkan daripada pasukan utama.
Pemain tersebut kemudian menyatakan beliau mahu ke China. Conte dilaporkan menghalang perpindahan itu pada Januari kerana sukar mencari penyerang baru.
Selepas Costa dihukum, Conte memanggil semula Costa ke dalam pasukan utama dan pemain itu gembira ketika dipanggil bermain semula.
Pada masa yang sama Conte memberitahu yang Costa harus memilih kelab baru pada musim hadapan. Conte mengakui beliau menghantar teks pesanan kepada Costa pada masa itu. Conte menambah lagi:
“Pada Januari, situasi Costa sudah cukup jelas. Kelab dah tahu keputusan ini, beliau dah tahu keputusan ini dan ejennya pun sudah tahu.”
“Saya tidak terkejut jika dia tidak tahu akan hal ini sekiranya keputusan ini beritahu pada Jun. Tetapi keputusan ini telah diambil pada Januari.”
“Saya dah memutuskannya, dan menghormati keputusan ini. Kami harus membina pasukan dengan pemain-pemain baru. Kelab ini berada di tangga ke-10 ketika saya tiba, dan kami menjuarai liga.”
“Saya tidak suka bercakap tentang pemain yang tidak akan kekal di sini. Bagi saya kes ini sudah ditutup. Kami sudah mendapatkan penyerang hebat (Morata).”
“Beliau masih muda dan banyak pengalaman. Ianya sangat bagus untuk kami. Beliau sudah bermain bersama-sama Juventus dan Real Madrid. Kami tidak sabar-sabar menerima beliau di dalam skuad.”
Musim lalu, Costa menikmati musim terbaik di Chelsea dengan 20 gol daripada 35 perlawanan liga. Sekaligus membantu Chelsea menjuarai EPL.
Sumber
Mirror – http://www.mirror.co.uk/sport/football/transfer-news/chelsea-boss-antonio-conte-reveals-10854817