Conte Mahu Kapten Young

Pengurus Inter Milan, Antonio Conte terus menjadikan Manchester United ‘feeder club’ beliau. Selepas mendapatkan Lukaku dan Sanchez, kini giliran Ashley Young di dalam radar pengurus Inter itu.

Koresponden tier 1, Gianluca di Marzio mengesahkan bahawa ada perbincangan di antara Inter Milan dengan Manchester United bagi membincangkan perpindahan Ashley Young.

Menurut laporan tersebut, Young setuju untuk menyertai Inter Milan. Pemain berusia 34 tahun itu ditawarkan kontrak 18 bulan bersama Nerrazurri.

Kontrak semasa Ashley Young akan berakhir musim hadapan. Beliau merupakan pemain paling lama berbakti untuk United di kalangan kelompok pemain yang ada pada hari ini.

Young menyertai United pada 2011. Beliau musim ini hanya bermai 18 kali. Daripada lebih 1,300 minit di atas padang, Ashley Young hanya menyumbang hanya 1 assist.

Kapten Manchester United itu boleh bermain posisi wingback. Ini yang membuatkan beliau dikehendaki Conte, untuk bermain dalam sistem berasaskan bek bertiga.

Young, pemain yang ada rekod 39 kaps antarabangsa, sedang membincangkan isu gaji. Di mana beliau dikatakan tidak mahu menerima pengurangan gaji daripada apa yang beliau dapat di Old Trafford ketika ini.

Ole Gunnar Solskjaer enggan membincangkan soal pemain yang akan keluar dalam sidang media beliau.

Namun, jika United benar-benar kehilangan Young, maka mereka perlu mencari pemain yang mengisi ‘squad depth’.

Dalam perkembangan yang lain, United dikaitkan dengan pemain seperti James Maddison dan Raul Jimenez bagi memperkuatkan pasukan mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN