Conte Kenal Pasti Lingard Sebagai Pengganti Terbaik Eriksen Di Inter

Jesse Lingard Christian Eriksen Inter Milan

Pemain yang sedang bergelut di Manchester United, Jesse Lingard telah dikenal pasti oleh Inter Milan sebagai pemain terbaik untuk menggantikan Christian Eriksen di kelab Serie A tersebut.

Pengurus Inter, Antonio Conte mahu menjadikan pemain tengah England itu sebagai rekrut terbaharunya pada tempoh perpindahan bulan Januari ini.

Lingard masih belum membuat sebarang penampilan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini, namun beliau diturunkan ketika United menang 1-0 ke atas Watford dalam pusingan ketiga Piala FA tempoh hari.

https://twitter.com/panicthinaikos/status/1347993208450646016?s=20

Ole Gunnar Solskjaer kini terbuka untuk membenarkan pemain berusia 28 tahun itu berhijrah ke pasukan lain pada Januari ini. Beberapa pasukan telah pun menyatakan hasrat untuk mendapatkannya seperti Newcastle dan Sheffield United.

Namun Inter dikatakan hanya mahu meminjam pemain tersebut terlebih dahulu sebelum membuat pembelian tetap seperti yang pernah dilakukan bersama Alexis Sanchez sebelum ini.

Antonio Conte dilihat agak ‘obses’ dengan pemain-pemain Manchester United kerana jika perpindahan Lingard itu berjaya, beliau akan menjadi pemain keempat kelab Inggeris berkenaan yang menyertai Inter dalam masa terdekat.

Trio Romelu Lukaku, Sanchez dan Ashley Young semuanya dapat menyesuaikan diri dengan baik dengan sistem permainan Conte dan tidak mustahil Lingard juga akan dapat kembali meningkatkan tahap permainannya di bawah kendalian jurulatih Itali itu.

Eriksen jelas gagal membuat sebarang impak sejak menyertai Inter pada Januari tahun lalu dan telah bersedia untuk melangkah keluar dari San Siro dalam masa terdekat.

Conte tidak pernah gentar untuk mendapatkan pemain-pemain yang bergelut dengan prestasi kerana beliau sememangnya cukup terkenal dengan kamampuan untuk ‘mencungkil’ tahap keupayaan sebenar seseorang pemain.

Selain Lingard, Solskjaer juga mahu mengecilkan skuadnya dengan Phil Jones dan Marcos Rojo  juga kini telah disenaraikan sebagai pemain yang tidak lagi diperlukan di Old Trafford.

Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Jesse Lingard dan Inter Milan:

Dituduh ‘Rosak’ Kerana Media Sosial, Adakah Lingard Mampu Kembali Seperti Dahulu?

Pendedahan Lingard Tentang Sebab Beliau ‘Hilang Punca’ Musim Ini

Kisah Roberto Carlos Yang Terlampau Prolifik Di Depan Gol Jadi Punca Tinggalkan Inter Milan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN