Pengurus Chelsea, Antonio Conte nyata kecewa dengan persembahan yang ditunjukkan oleh pemain baharunya iaitu Ross Barkley.
Chelsea ditumbangkan oleh Arsenal dalam aksi separuh akhir Carabao Cup di tangan Arsenal dengan jaringan 2-1.
Lebih mengecewakan, mereka tumbang selepas mendahului hasil jaringan Eden Hazard sebelum Arsenal tampil dengan 2 jaringan.
Secara asasnya, Conte memang kecewa dengan tewasnya pasukan beliau di peringkat separuh akhir.
“Sungguh kasihan kerana kami mempunyai prestasi yang baik dalam kejohanan ini. Kasihan buat saya, para pemain dan juga para peminat.”
“Saya rasa para pemain berpuas hati dengan usaha yang mereka berikan. Mereka telah sampai ke separuh akhir tetapi mereka melepaskan dua gol yang kedua-dua gol yang terbias kepada pemain kami.”
Melihat kepada prestasi yang ditunjukkan oleh pemain baharu iaitu Ross Barkley, Conte nyata kecewa dengan aksi pemain tersebut.
Barkley melakukan penampilan pertama bersama kelab tersebut masuk menggantikan Willian yang tercedera nyata tidak mampu beraksi pada tahap yang Conte harapkan.
Kata Conte, beliau tidak punya pemain lain di bangku simpanan untuk pemain tengah melainkan hanya Barkley sahaja.
“Ia satu perkara yang sukar apabila pasukan anda mengalami masalah kecederaan.”
“Sudah semestinya anda kekurangan pilihan, apa saja yang anda boleh buat jika anda hanya ada Barkley di bangku simpanan?”
Tambah Conte lagi, Barkley harus mempertingkatkan prestasi beliau.
“Beliau harus tingkatkan prestasinya, masih banyak yang perlu dipelajari.”