Conte Ingatkan Pengkritik, Chelsea 11 Perlawanan Tanpa Kalah Walaupun Dalam Masalah

Pengurus Chelsea, Antonio Conte meminta semua pihak yang meragui kualiti Chelsea untuk berikan perhatian sebaik mungkin. Chelsea menang bergaya 4-0 ke atas Brighton and Hove Albion.

Dan beliau mengingatkan pengkritik bahawa pasukan Chelsea yang kini dalam banyak masalah termasuk kecederaan dan penggantungan beberapa pemain masih belum tewas dalam 11 perlawanan berturut-turut.

“Sesiapa sahaja yang menyatakan keraguan ke atas kualiti kami harus beri perhatian. Ianya normal untuk media cuba menggariskan isu negatif berbanding yang positif.”

“Namun Kami tidak kalah dalam 11 perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan walaupun banyak masalah melanda.”

“Ini bermakna kami melakukan kerja yang penting dengan pemain-pemain yang kami ada walaupun kurang 5 pemain. Fabregas, Drinkwater, Courtois cedera. 2 pemain kami digantung perlawanan iaitu Pedro dan Morata.”

“Di sebalik semua itu, kami masih menang 4-0. Ini bermakna semua pemain berhak mendapat peluang untuk mereka bermain dan semua pemain harus berjuang untuk bermain.”

“Sekarang ini, kami harus terus bekerja seperti itu. Saya gembira dengan respon semua pemain. Untuk belajar daripada perkara seperti ini, ianya amat penting bagi kami.”

Beliau gembira dengan aksi Hazard yang kembali menemui sentuhan gol daripada permainan terbuka sejak September.

“Hazard jaringkan 2 gol. Bagi kami ianya penting untuk Hazard, Willian dan Moses semuanya menjaringka gol. Namun selepas esok, semua pemain yang menjaringkan gol hari ini harus melupakan gol ini dan cuba menjaringkan gol menentang Arsenal.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN