Conte Guna Instagram ‘Menganjing’ Guardiola Yang Tuduh Spurs Cuma Pandai Main ‘Counter Attack’

Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain'
00:35
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Pengendali Tottenham Hotspur, Antonio Conte hanya sekadar ketawa sambil berkongsi jaringan pertama pasukan itu ketika membenam Manchester City 3-2 pada hujung minggu lalu.

Ia adalah reaksi daripada jurulatih daripada Itali itu selepas Pep Guardiola mengkritik taktikal yang ditampilkan Spurs dalam perlawanan tersebut.

Melalui sidang media selepas perlawanan, Guardiola menuduh Spurs sebagai pasukan yang hanya bertahan di garis rendah secara kompak dan tiada keinginan untuk bermain bola sepak dengan hantaran ringkas.

Malah Guardiola menyifatkan kemenangan Spurs adalah kerana kebergantungan sepenuhnya pasukan itu kepada sistem serangan balas dengan bola lambung.

“Selepas kami ketinggalan, lawan kami bertahan sangat ke bawah dan sangat kompak. Luar biasa sekali,” komen Guardiola kepada wartaawan yang dianggap penuh sinikal.

Conte sindir balik

Menyedari kritikan rakan sejawat beliau di Manchester City, Conte tidak berdiam diri dan menggunakan akaun Instagram beliau untuk menafikan dakwaan tersebut.

Melalui satu muat naik, Conte berkongsi video gol pertama Spurs yang dijaringkan oleh Dejan Kulusvski seawal minit ke-4 perlawanan.

Tidak seperti didakwa oleh Guardiola, jaringan tersebut dihasilkan bermula dengan gerakan dari bawah yang memerangkap bahagian pertahanan ‘high-line’ City.

Bersama video tersebut, Conte turut berkata: “Counter attack? Mungkin tidak.” Komen tersebut kemudiannya diikuti oleh emoji ketawa.

Kesan kepada City

Kekalahan kepada Spurs sememangnya pedih buat Guardiola dan City. Ia menjadikan kedudukan City di kedudukan teratas liga hanya tinggal dengan kelebihan enam mata. Jurang tersebut masih boleh dikurangkan sekiranya Liverpool menang baki satu perlawanan di dalam tangan.

Kekalahan kepada Spurs pada hujung minggu lalu juga merupakan kekalahan pertama skuad The Citizen sejak Oktober tahun lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN