Conte: “Pemain Saya Kelas Dunia, Kenapa Saya Terdesak Mahukan Lukaku?”

Antonio Conte berkata, beliau tidak akan menggantikan Costa dengan Lukaku. Selagi penyerang Sepanyol itu ada di Stamford Bridge, Conte tidak terdesak mahukan penyerang lain termasuk Lukaku.

Conte sekali lagi dikaitkan dengan bekas penyerang Chelsea Romelu Lukaku dan diberitakan akan melepaskan Costa.

Lukaku kini menjadi penjaring terbanyak EPL dengan 24 gol manakala Costa pula menjaringkan 19 gol setakat ini.

Conte tidak mahu terlalu membandingkan Costa dengan Lukaku tetapi beliau yakin, Costa adalah penyerang kelas dunia yang diperlukan oleh Chelsea.

Conte tetap merasakan Lukaku adalah ancaman utama Chelsea pada Ahad ini. Beliau berkata:

“Saya tidak akan menukar mana-mana pemain saya (sekarang) dengan pemain lain. Lukaku memang penyerang yang hebat, dia sudah menjaringkan banyak gol.”

“Pertahanan perlu memberikan perhatian yang tinggi ke atas beliau. Itu perkara yang kami sentiasa lakukan. Kami akan belajar tenyang lawan kami dan cuba mencari solusi untuk mengekang mereka.”

“Everton bukan Lukaku seorang, ini bola sepak, permainan berpasukan. Everton ada pemain-pemain lain yang juga tidak kurang hebatnya.”

Antonio Conte turut yakin Eden Hazard akan kekal di Stamford Bridge musim hadapan walaupun dikaitkan dengan Real Madrid.

Antonio Conte mahukan para pemain beliau kekal fokus dan bijak dalam mengendalikan tekanan dalam beberapa perlawanan terakhir ini.

Chelsea hanya dibezakan 4 mata dari Spurs. Kemenangan ke atas Everton pada Ahad ini pastinya membolehkan mereka semakin menghampiri kejuaraan liga musim ini.

Baca juga: Popov Tembak KAFA Kerana Culas Bayar Hutang Dan Tidak Takut Ditolak Mata

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN