Conte Kecewa Polisi Perpindahan Chelsea, Dedahkan Dirinya Tiada Kuasa Halang Hazard Ke Barcelona

Antonio Conte jelas antara pengurus yang kurang gembira dalam jendela perpindahan kali ini. Beliau tidak menafikan kekecewaan beliau apabila kelab terlepas Romelu Lukaku ke Manchester United.

Sebelum ini, Conte juga jelas dengan nada kecewa menjawab wartawan ketika Matic dikaitkan dengan perpindahan ke United.

Conte seolah-olah tak kuasa hendak menjawab. Beliau menjawab kegagalan pegawai yang menguruskan perpindahan pemain mendapatkan beberapa sasaran utama beliau.

Ini termasuk Lukaku dan Alex Sandro serta melepaskan Matic ke kelab pesaing, Manchester United. Conte berkata:

“Saya tak tahu, anda harus tanya pihak kelab tentang hal ini.”

Conte ketika itu jelas kecewa dengan penjualan Matic ke United kerana ia akan membantu menambah kekuatan pasukan lawan. Beliau pastinya berharap Chelsea menjual pemain tersebut ke kelab lain.

Penjualan Matic ke United lebih kepada keuntungan kelab dan mengambil remeh isu lain seperti menambahkan kekuatan pasukan seteru. Pada usia 29 tahun, United membida pemain yang tiada dalam perancangan Chelsea ini dengan nilai £40 juta.

Selepas kekalahan Chelsea di tangan Arsenal semalam, Conte ditanya tentang masa depan Hazard di Chelsea yang dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona.

Beliau memberitahu wartawan yang beliau tidak ada kuasa untuk menghalang perpindahan Hazard ke Barcelona. Beliau cuma mampu memberikan jaminan yang Hazard buat masa ini gembira di Chelsea.

Conte menambah:

“Anda tahu yang saya ada pertimbangan yang teliti tentang pemain ini (Hazard) kerana dia pemain hebat. Tetapi, saya nak ingatkan, saya hanya jurulatih, saya hanya mampu memberikan pandangan dan keputusan akhir di tangan kelab.”

“Saya menjangkakan Hazard akan bermain untuk Chelsea musim ini.”

Conte masih lagi menanti beberapa nama pemain baru yang disenaraikan oleh beliau. Antara yang dikaitkan ialah Drinkwater.

“Kami masih berusaha memperbaiki kualiti skuad ini. Buat masa ini, sangat tidak kena untuk kami kehilangan pemain kami yang ada. Saya ada hak untuk menyatakan pandangan.”

Musim lalu, Conte dilaporkan menangguhkan lanjutan kontrak beliau kerana kecewa dengan kuasa yang terhad dalam polisi perpindahan.

Pada kali ini, Chelsea telah melepaskan 28 orang pemain, 10 dijual dan 18 lagi dipinjamkan. Sebagai kontra, Chelsea hanya mendapatkan 4 pemain iaitu, Caballero, Morata, Rudiger dan Bakayoko.

Sumber

Sportskeeda – https://www.sportskeeda.com/football/antonio-conte-admits-he-cant-stop-sale-of-e100-million-superstar-eden-hazard

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN