Kapten Wolvesm, Conor Coady antara mereka yang tampil mengkritik VAR selepas gol Wolves dinafikan oleh pengadilan VAR.
Gol separuh masa kedua Leander Dendoncker ditarik balik selepas tinjauan semula VAR mendapati bola itu terlebih dahulu terkena tangan rakan sepasukannya, Willy Boly.
Coady berkata: “Itu adalah gol. Orang akan cakap VAR menyatakan itu terkena tangan. Tetapi dalam situasi tadi, beliau tidak tahu pun bola itu di mana.”
Coady jelas tidak gembira kerana VAR diguna dalam keadaan sesebuah situasi itu perlu ditentukan sama ada ia kesalahan sengaja ataupun tidak. Ini kerana VAR hanya akan menentukan sama ada bola itu terkena tangan atau tidak.
“Nampaknya selepas ini, kami perlu bermain bola dengan tangan dipotong terlebih dahulu.”
“Jika bola itu tak gol tak mengapa. Dan tiada seorang pun pemain yang membantah gol itu.”
“Secara logik akal, Boly tidak melihat langsung bola itu di mana dan tidak bereaksi dengan tangannya. Beliau tidak boleh berbuat apa-apa dalam keadaan itu.”
Conor Coady kemudian menyatakan, sepatutnya VAR adalah untuk membantu pengadil dalam semakan semula. Bukannya VAR yang mendahului pengadil dalam semua keputusan.
Coady fumes as VAR denies Wolves at Leicester https://t.co/s6F43qIp7R pic.twitter.com/Zer6nuwW6l
— World Soccer Talk (@worldsoccertalk) August 11, 2019
Perkara yang sama diluahkan oleh Pep Guardiola selepas aksi City vs West Ham yang beberapa kali terhenti kerana VAR. Pep Guardiola menyokong VAR tetapi merasakan penglibatan teknologi itu di dalam padang agak melampau.
Conor Coady menambah lagi: “Mereka membawa VAR untuk menyemak semula beberapa masalah. Tetapi bagi saya, penggunaan VAR sudah melampau.”