CONMEBOL Anggap Tuduhan Messi Tidak Berasas Dan Tiada Nilai ‘Respect’

CONMEBOL tampil dengan kenyataan balas, berhubung dengan kritikan oleh kapten Argentina ke atas mereka.

Messi ‘mengamuk’ selepas dilayangkan kad merah dalam perlawanan perebutan tempat ke-3. Messi dan Gary Medel dilayangkan kad merah pada minit ke-37.

Selepas tamat perlawanan, Messi memboikot upacara penyampaian pingat gangsa Copa America 2019 dengan alasan tidak mahu bersekongkol dengan penganjuran bola sepak yang penuh korupsi – menurut kapten Argentina dan Barcelona itu.

Messi berkata: “Saya tidak mahu pergi kerana tidak mahu menjadi sebahagian daripada skandal rasuah ini. ami sepatutnya tidak menjadi sebahagian daripada penghinaan yang kami terima sepanjang Copa America ini.”

https://twitter.com/IjobaSports1/status/1147753553152413696

“Tiada keraguan segala-galanya telah diatur untuk Brazil. Saya berharap VAR dan pengadil tidak memainkan peranan sama dan Peru dibenarkan bertanding secara adil. Tetapi ini kelihatan sukar,” ujar beliau kepada wartawan selepas perlawanan.

https://twitter.com/Twitugal/status/1147636299781804032

“Saya sentiasa memberitahu apa yang benar dan jujur. Kerana itulah saya boleh kekal tenang. Jika apa yang saya katakan ini mempunyai akibat lain, ia bukan urusan saya.”

“Saya berpendapat apa yang berlaku dalam perlawanan ini adalah kerana apa yang saya katakan mengenai Brazil [selepas perlawanan separuh akhir].”

“Apa yang saya katakan sebelum ini mungkin akan kembali menghantui saya,” ujar Messi lagi.

Messi kemudian percaya Peru boleh juara, tetapi beliau menyatakan: “Tiada keraguan mereka [Peru] boleh juara, malangnya, Brazil menanti mereka,” sindir Messi, walaupun Selecao ada rakan sepasukan beliau di Barcelona seperti Arthur dan Phillipe Coutinho yang berada dalam pasukan Brazil.

CONMEBOL dalam kenyataan balas mereka menyatakan: “Dalam bola sepak, kadangkala kamu menang, dan kadangkala kamu tewas. Dan asas kepada fairplay adalah menerima keputusan dengan rasa hormat.”

“Begitu juga dengan mutu pengadilan, mereka adalah manusia biasa, dan sentiasa ada ruang untuk berubah. Ianya tidak adil, di mana 12 pasukan telah diberikan medan persaingan yang adil.”

CONMEBOL menganggap tindakan Lionel Messi dan beberapa individu yang mengkritik secara tidak berasas – sebagai tidak menghormati kejohanan serta rakan-rakan pemain bola sepak yang lain – yang bertanding dalam Copa America.

“Ada beberapa tuduhan tidak berasas dan tidak benar dilakukan sehingga meletakkan kejohanan Copa America kini dipersoalkan prestijnya.”

“Tuduhan-tuduhan liar seperti ini adalah menunjukkan rasa tidak hormat kepada kejohanan ini, kepada pemain-pemain yang mengambil bahagian dan juga beratus-ratus lagi orang profesional dalam CONMEBOL yang bekerja keras sejak 2016 untuk memastikan organisasi kami transparent, profesional, dan dapat memajukan bola sepak di Amerika Selatan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN