CONCACAF Perkenal Secara Rasmi Format Kejohanan Nations League

CONCACAF secara rasminya telah mendedahkan perjalanan bagi Nations League. Kejohanan kedua buat pasukan antarabangsa itu dijangka akan bermula pada September 2018.

Pada peringkat permulaan, mereka akan mengharungi pusingan kelayakan khas. Ini menjadikan kejohanan ini tidak terlalu menyerupai seperti format yang dijalankan oleh UEFA.

Apakah itu pusingan kelayakan khas?

Pertamanya, 6 pasukan yang beraksi dalam Pusingan Kelayakan Kelima Piala Dunia 2018 Zon CONCACAF tidak akan beraksi dalam pusingan ini. Negara tersebut ialah Mexico, Costa Rica, Panama, Honduras, Amerika Syarikat dan Trinidad Tobago.

Guatemala tidak menyertai kejohanan ini kerana keahlian mereka digantung FIFA. Maka baki 34 negara telah diasingkan kepada 4 balang iaitu A, B, C dan D.

Balang A (dari kiri): Jamaica, Kanada, Haiti, El Salvador, Martinique, Cuba, French Guiana, Guadeloupe.
Balang B (dari kiri): Nicaragua, St Kitts & Nevis, Curacao, Surinam, Antigua & Barbuda, Republik Dominica, Bermuda, Guyana, Belize.
Balang C (dari kiri): Bonaire, Grenada, St Vincent & Grenadines, St Lucia, Barbados, Puerto Rico, Bahamas, Dominica, Aruba.
Balang D (dari kiri): Kepulauan Cayman, Kepulauan Turks & Caicos, Montserrat, Kepulauan Virgin Amerika, Saint Martin Perancis, Sint Maarten Belanda, Anguilla, Kepulauan Virgin British.

Setiap pasukan dari setiap balang akan menentang 1 pasukan lain daripada 1 balang. Maksudnya setiap pasukan akan menentang 4 pasukan lain, 3 daripada balang yang berlainan dan 1 daripada balang yang sama.

2 perlawanan akan diadakan di tempat sendiri dan 2 di tempat lawan. Sesi kelayakan ini akan diadakan pada September 2018 hingga Mac 2019.

Sebagai contoh: Jamaica (Balang A) akan menentang Kepulauan Cayman (Balang D) pada September 2018. Kemudian pada Oktober 2018, Jamaica akan bertandang ke Bonaire (Balang C) untuk perlawanan di tempat lawan.

Untuk perlawanan ketiga, Jamaica bakal pula menentang Surinam (Balang B) di laman sendiri pada November 2018. Pada Mac 2019, Jamaica akan menentang El Salvador (Balang A) di gelanggang lawan.

Pengasingan Liga

Selepas sahaja tamat pusingan kelayakan, kesemua 34 pasukan yang telah mengharungi pusingan ini akan diasingkan mengikut ranking.

Ya, mereka akan dipisahkan melalui ‘tie-breaker’ khas. 10 pasukan tangga teratas akan diberi tiket untuk beraksi dalam Gold Cup 2019. Mereka akan disertai 6 pasukan yang menerima tiket automatik (telah disebutkan di atas).

Liga A dalam CONCACAF Nations League.

Untuk Liga A, 6 pasukan yang menerima ‘bye’ akan diundi bersama 6 pasukan terbaik ranking pusingan kelayakan. Akan ada 4 kumpulan yang terdiri 3 pasukan per kumpulan.

Liga B dalam CONCACAF Nations League.

Maka akan ada 12 pasukan bertanding dalam Liga A.

Juara setiap kumpulan Liga A akan berentap dalam saingan separuh akhir untuk menentukan juara. Pasukan tercorot setiap kumpulan Liga A akan diturunkan ke Liga B.

Memang mirip UEFA Nations League bukan?

Liga B pula mempunyai 4 kumpulan. Setiap kumpulan bakal dihuni 4 pasukan. Juara setiap kumpulan akan naik ke Liga A manakala pasukan terbawah setiap kumpulan Liga B akan disingkirkan ke Liga C.

Ini bererti 16 pasukan beraksi dalam Liga B. Liga C pula disertai sebanyak 13 pasukan. Jika Guatemala sudah bebas daripada penggantungan, mereka akan beraksi dalam Liga C.

Liga C dalam CONCACAF Nations League.

Liga C menyaksikan 4 kumpulan, 3 kumpulan mempunyai 3 pasukan setiap satu. Hanya satu kumpulan sahaja mengandungi 4 pasukan. Setiap juara kumpulan akan dibawa naik ke Liga B.

Penutup

Ya, tujuan CONCACAF Nations League ini harus dipuji. Ia memberikan peluang kepada negara kerdil dapat merasai perlawanan berkelas antarabangsa dengan kerap.

Walaupun ada sebahagian ahli CONCACAF bukanlah ahli FIFA. Diharapkan kejohanan ini akan berjalan lancar sebagaimana dirancang.

Mungkinkah suatu hari nanti AFC akan menyusul untuk menjalankan pertandingan seperti ini. Jika dijalankan, apakah nasib kejohanan serantau seperti AFF Suzuki Cup? Akan diteruskan atau dibubarkan.

Penutup, usaha sebegini haruslah dipuji!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN