Seperti diramalkan banyak pihak, ketiga-tiga pasukan dari Amerika Utara berjaya menempah tiket ke suku akhir Gold Cup edisi 2017. Amerika Syarikat merupakan tuan rumah untuk kejohanan dwi-tahunan ini.
Kumpulan A
Costa Rica menjadi juara kumpulan apabila mengalahkan Honduras. Kemudiannya mereka menewaskan French Guiana. Tetapi Kanada berjaya mengikat mereka 1-1 dalam pertemuan terakhir peringkat kumpulan.
Kanada menduduki tempat kedua apabila mengalahkan French Guiana 4-2. Baki dua perlawanan pula menyaksikan mereka seri dengan Costa Rica dan Honduras.
Aksi Kumpulan A turut mencuri tumpuan apabila French Guiana menurunkan bekas pemain Chelsea, Florent Malouda dalam perlawanan menentang Honduras. Ini telah menimbulkan kontroversi kerana Malouda pernah beraksi dengan pasukan kebangsaan Perancis.
Honduras diberikan kemenangan 3-0 atas hukuman yang diberikan kepada French Guiana.
Kumpulan B
Tuan rumah, Amerika Syarikat bermula dengan hambar apabila sekadar seri 1-1 dengan Panama. Namun kekecewaan itu berjaya ditebus selepas mereka menewaskan Martinique (3-2) dan Nicaragua (3-0).
Panama juga menewaskan kedua-dua lawan tersebut. Martinique ditewaskan dengan 3 gol tanpa balas manakala Nicaragua tewas dengan jaringan 2-1.
Amerika Syarikat menjadi juara kumpulan dengan kelebihan gol yang dijaringkan walaupun Panama mengikat mereka dengan kutipan defisit gol.
Kumpulan C
Jamaica mencabar Mexico dalam aksi Kumpulan C. Jamaica seri dalam dua perlawanan menentang Mexico dan El Salvador. Namun, mereka meraih mata penuh dengan menewaskan Curacao dengan skor 2-0.
Mexico pula bernasib baik kerana berjaya menewaskan dua pesaing iaitu El Salvador dan Curacao. Kuasa besar Amerika Utara itu meraih 7 mata untuk menjuarai Kumpulan C.
Jamaica menjadi naib juara. El Salvador pula menduduki tangga ketiga dengan meraih satu kemenangan dan satu seri.
Aksi suku akhir
6 slot diisi oleh juara dan naib juara kumpulan secara automatik. Baki dua slot dipilih melalui tempat ketiga terbaik. El Salvador daripada Kumpulan C dan Honduras daripada Kumpulan A diberi laluan kerana rekod terbaik peringkat kumpulan.
Costa Rica dijadualkan bertemu Panama manakala Amerika Syarikat akan menentang El Salvador pada Khamis, 20 Julai (waktu Malaysia).
Jamica akan menentang Kanada pada keesokan harinya, 21 Julai. Begitu juga perlawanan Mexico menentang Honduras.
Siapakah calon juara Gold Cup pilihan anda? Nyatakan di ruangan komen.
Sumber:
Gold Cup (2017); http://www.goldcup.org/en