3 Negara CONCACAF Hantar Bidaan Piala Dunia ‘Mewah’ 2026

Piala Dunia 2026 adalah yang pertama akan menggunakan format 48 pasukan. Ia sekaligus dijangka menjadi Piala Dunia dengan kos paling mahal.

Namun Presiden FIFA, Gianni Infantino (gambar) yakin Piala Dunia 2026 akan memberikan pulangan luar biasa kepada negara penganjur.

Secara rasminya tiga negara dari zon Amerika Utara iaitu Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico membida Piala Dunia edisi 2026.

Mulai 2026, 48 pasukan bakal bertanding untuk merebut kejuaraan paling berprestij dalam bola sepak. Sekiranya bidaan itu berjaya, sejarah telah tercipta apabila tiga negara menjadi hos dalam satu edisi yang sama.

80 perlawanan bakal diadakan. 60 daripadanya berlangsung di Amerika Syarikat. Masing-masing 10 di Kanada dan Mexico.

Keputusan bidaan itu akan paling awal diketahui pada 2020. Kali terakhir FIFA memberi mandat kepada CONCACAF untuk menganjurkan Piala Dunia ialah pada 1994.

Amerika Syarikat menjadi hos pada tahun tersebut. Mexico menjadi hos pada edisi 1970 dan 1986. Kanada pula menjadi hos Piala Dunia Wanita 2015.

Menurut FIFA, negara dari konferendasi UEFA dan AFC disekat untuk hantar bidaan Piala Dunia 2026. Ini kerana mereka sudah menjadi hos untuk dua kejohanan sebelum ini.

Tambah mereka lagi, pemilihan hos 2026 akan dilakukan oleh ahli FIFA. Bermakna Malaysia akan dapat 1 undi untuk memilih hos Piala Dunia 2026.

Sebelum ini, pemilihan hos Piala Dunia hanyalah dibuat oleh EXCO FIFA sahaja.

Pada hemat kami, bidaan CONCACAF amatlah wajar. Barangkali sudah lama mereka tidak menganjurkan kejohanan ini. Bagaimana pendapat anda? Kongsikan kepada kami.

Baca juga: TMJ Sasar Harimau Malaya Layak Ke Piala Dunia 2026

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN