Semalam, pasukan Fulham berjaya mencatatkan kemenangan selepas tidak menang dalam 2 perlawanan.
Mereka berjaya menundukkan Huddersfield Town di tempat sendiri dengan jaringan 1-0.
Walaupun berjaya menang, pengurus Fulham iaitu Claudio Ranieri berada dalam keadaan berang selepas melihat tindakan seorang pemain beliau yang gagal mengikut arahan pasukan.
Dalam temu bual bersama BBC Sport selepas perlawanan, Ranieri menzahirkan rasa marah beliau kepada pemain Fulham iaitu Aboubakar Kamara selepas menimbulkan permasalahan ketika perlawanan berlangsung.
Ranieri berkata beliau seperti ingin ‘membunuh’ pemain itu kerana bertindak sedemikian.
Semuanya berpunca selepas pemain itu cuba melanggar arahan pasukan ketika Fulham mendapat sepakan penalti.
Menurut arahan pasukan, sepakan penalti akan diambil oleh penyerang utama iaitu Aleksandar Mitrovic.
Namun, Kamara bertindak merampas bola dan ingin menyempurnakan sepakan penalti tersebut.
Akan tetapi seperti tidak direstui Tuhan, sepakan penalti Kamara itu gagal disempurnakan.
“Saya sudah katakan kepada beliau (Aboubakar Kamara) untuk tinggalkan bola itu kepada Aleksandar Mitrovic kerana pemain itu adalah orang yang patut mengambil sepakan penalti (menurut arahan pasukan).”
“Saya mahu ‘bunuh’ beliau. Ianya normal kerana ianya tidak mustahil.”
“Seorang pemain mengambil bola dan cuba untuk menjaringkan penalti sekali lagi.”
Sebelum ini, Kamara menjaringkan penalti untuk Fulham tetapi ianya berlaku kerana ketiadaan Mitrovic di atas padang.
Ranieri begitu kecewa dengan tindakan Kamara yang dianggap tidak menghormati semua pihak.
“Saya tak sangka beliau akan buat begitu kepada saya.”
“Apa yang beliau lakukan tidak menghormati saya, kelab ini, rakan sepasukan dan juga para penyokong.”
Fulham berjaya memperoleh 3 mata penuh selepas 2 perlawanan keciciran mata.
Sebelum ini mereka tewas di tangan Manchester United dan seri bersama Newcastle United.