Rakan senegara Alexis Sanchez yang juga penjaga gol kedua Manchester City, Claudio Bravo terbuka untuk berkongsi apa yang beliau tahu tentang rakannya itu.
Bravo antara pemain yang sangat rapat dengan Sanchez dan sering berinteraksi dengan pemain tersebut. Bravo yakin Alexis Sanchez masih memiliki masa depan yang baik walaupun beliau sudah berusia 29 tahun.
Pep Guardiola dilaporkan telah menghantar bidaan untuk Sanchez namun ditolak oleh Arsenal yang meminta pakej duit dengan inklusi Raheem Sterling.
Pep Guardiola tidak bersetuju dengan permintaan itu dan hanya mahu membeli Sanchez dengan nilai £50 juta. Ia satu tawaran yang besar untuk pemain yang hampir menjadi ejen bebas dalam masa beberapa bulan lagi.
Bravo ditanya sama ada Sanchez kecewa dengan keadaan di Arsenal sekarang? Beliau menjawab:
“Kami gembira melihat Sanchez tidak ada menunjukkan rasa kecewa tentang apa jua perkara. Ini kerana dia tidak berada dalam apa-apa keadaan sukar buat masa ini. Buat apa dia perlu bersedih?”
“Dia ada masa depan yang cerah di hadapan beliau, sama ada untuk terus kekal di Arsenal ataupun mencari cabaran baru di dalam karier beliau di tempat lain.”
“Tiada apa yang negatif pada Sanchez. Dia tidak ada perkara yang perlu disedihkan, ia perkara yang sangat bercanggah dengan apa yang anda jangkakan.”
Semalam lapran media Chile melaporkan, Sanchez diberikan perlepasan khas oleh pengurus pasukan kerana mahu menguruskan perpindahan beliau ke kelab lain.
Namun perkara itu dinafikan oleh Presien FA Chile yang menyatakan pemain itu diberikan perlepasan atas sebab lain bukannya yang dilaporkan media..
Sumber
Evening Standard – https://www.standard.co.uk/sport/football/arsenals-alexis-sanchez-has-a-great-future-ahead-of-him-says-manchester-city-goalkeeper-claudio-a3623211.html