Analisis: Claudio Bravo Bermasalah Kerana Dia Sedang Bermain Futsal!

Kami tertarik dengan satu kajian oleh David Preece kenapa Claudio Bravo bermasalah. David Preece adalah bekas jurulatih penjaga gol Sunderland.

Tidak dapat dinafikan, penjaga gola Manchester City ini sedang bergelut dengan prestasi semasa. Beliau hanya menyelamatkan 8 cubaan daripada 22 cubaan tepat yang terakhir bersamaan dengan 14 bolos dalam tempoh tersebut.

Ketika menentang Everton beliau dibolosi 4 gol. Everton hanya melakukan 4 cubaan tepat dalam perlawanan tersebut. Ini bermakna beliau dibolosi 100% oleh cubaan tepat.

Minggu lalu, analisis Opta mendedahkan Bravo berada dalam 3 terbawah untuk penjaga gol yang paling kurang aksi menyelamat (saves). Bravo dibolosi 2 lagi gol dalam perlawanan menentang Tottenham Hotspurs.

Ini adalah ranking opta tentang prestasi 3 teratas dan 3 terbawah untuk penjaga gol untuk setiap kelab.

Cemerlang
1. Tottenham Hotspurs – 75.4%
2. Bunrley – 74.6%
3. Middlesbrough – 74.1%

Lemah

18. Manchester City – 59.4%
19. Southampton – 57.4%
20. Swansea – 54.6%

Corak permainan

Semua orang tahu Claudio Bravo adalah ball playing-keeper. Beliau sangat bagus dalam menggunakan kaki untuk memulakan asas serangan.

Untuk pengetahuan semua, ketika kecil, Bravo memulakan karier bola sepak beliau sebagai penyerang. Bravo kemudian diturunkan ke bahagian pertahanan dan bermain agak lama di posisi ini.

Kemudian, ketika remaja Claudio Bravo ditukarkan kepada posisi penjaga gol. Ini adalah 3 aspek yang dikenalpasti menjadi punca Claudio Bravo bermasalah.

1. Bravo lebih cenderung menggunakan kaki untuk menghadang

Beliau lebih cenderung untuk menghadang cubaan bola rendah dengan kaki beliau. Menggunakan kaki ke untuk menyekat cubaan leret dari jarak dekat adalah salah satu senjata penting seorang penjaga gol.

Ia adalah teknik yang sangat biasa di futsal. David De Gea, antara penjaga gol yang sangat cemerlang dengan teknik ini. Namun ada masa yang tertentu teknik ini tidak sesuai digunakan.

Contohnya, ketika gol Willian ketika Chelsea menang 3-1. Bravo seharusnya boleh menyelamatkan cubaan itu sekiranya dia lebih fokus untuk merebahkan (dive) badannya.

Ketika bola dirembat rendah oleh Willian ke sebelah kanannya, kelihatan kedudukan kakinya seperti seorang pertahanan bukannya penjaga gol. Kaki kanan Bravo jelas ada tindakan untuk cuba mengentikan bola.

Ini adalah kesalahan asas dalam teknik rebahan badan oleh penjaga gol. Bravo telah menyebabkan kaki kirinya ‘mati’. Ketika dia cuba merebahkan badan, ia sangat sukar.

Penjaga gol biasanya mengambil satu atau dua langkah ke hadapan untuk merebahkan badan pada masa yang tepat.

2. Posisi tangan

Menurut Preece, Claudio Bravo bermasalah dengan posisi dan kekuatan tangan ketika menjaga gol. Teknik tangan beliau juga seolah-olah dipinjam daripada futsal.

Ini kerana, dalam sukan futsal kebanyakan cubaan adalah dari jarak dekat. Penjaga gol futsal memang akan cuba menutup ruang dan tangan dalam cuba menepis cubaan dari jarak dekat.

Namun bola futsal tidak selaju bola sepak.

Teknik ini sukar untuk digunakan secara efektif dalam bola sepak padang. Ia mungkin memerlukan penjaga gol yang sangat reflektif dan respon badan yang luar biasa.

Kedudukan tangan Bravo tidak efektif untuk bersedia ‘menyapu’ bola dalam keadaan jarak dekat atau 1 vs. 1. Tangan beliau kerap berada di belakang badannya. Lihat kedudukan tangan Curtois di bawah ini.

Curtois meletakkan tangannya dalam keadaan untuk ‘menyapu’ bola rendah.

Ini pula kedudukan Bravo.

3. Mentaliti

Claudio Bravo bermasalah dalam membuat keputusan. Beliau kerap teragak-agak. Namun ini bukanlah masalah beliau sebelum ini. Ia berlaku mungkin kerana hilang keyakinan diri.

Ketika gol Tom Davies tempoh hari, dia teragak-agak ketika Yaya Toure cuba menghalang cubaan tersebut, Bravo mara ke hadapan dan membuka ruang kepada di Davies di belakang beliau.

Dalam perlawanan menentang Manchester United pada awal musim, Bravo teraga-agak ketika situasi di mana beliau dibolosi Ibrahimovic.

Dalam sistem pertahanan Manchester City, ia jauh lebih tinggi untuk menuntut penjaga gol berjuang sendirian. Memang Bravo penjaga gol yang boleh bermain sweeper, namun dia bukanlah Manuel Neuer.

Di Barcelona, pertahanan mereka tidak terlalu ‘nipis’ seperti Manchester City ketika diserang balas.

Barcelona ada 2 bek sisi yang laju untuk membantu ke belakang dan Sergio Busquet yang efektif menghancurkan (destroying) atau melambatkan gerakan lawan.

Kualiti pemain seperti Pique juga lebih taktikal berbanding dengan pertahanan Manchester City yang juga sedang dalam krisis keyakinan diri.

Dalam perlawanan menentang Everton anda boleh melihat betapa lemahnya mereka menyekat beberapa bola mudah.

Pada awal musim lalu, Pep Guardiola memang mahukan penjaga gol yang bersedia untuk keadaan 1 v 1, 1 v 2, 1 v 3 dan sebagainya dalam permainan mereka.

Rumusan

Claudio Bravo adalah penjaga gol yang hebat ketika bersama Chile. Ini mungkin kerana perlindungan yang lebih kuat daripada pertahanan untuk mengelakkan penyerang lawan mara lebih dekat.

Di Manchester City, beliau jelas ada krisis keyakinan diri buat masa ini. Dari segi teknik, rasanya penjelasan David Preece di atas sudah menjelaskannya.

Adakah anda merasakan Claudio Bravo perlu memperbaiki teknik tangan beliau?

Baca juga: Cornthwaite: “Di Selangor, Siapa Lambat Kena Belanja KFC. Tak Profesional Langsung.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN