City Premier League (CPL) Musim Pertama Nanti Penyertaan Anda

Anda mempunyai sebuah pasukan bola sepak, namun tidak mempunyai pertandingan untuk menguji kekuatan?

Mulai pada tahun ini, Jesinatif dengan kerjasama Semuanya BOLA dan Bola Tonjol akan menganjurkan satu kejohanan liga bola sepak yang dipanggil CITY PREMIER LEAGUE (CPL).

CPL ini akan diadakan mulai 4 September sehingga November 2018 dalam format liga membabitkan 12 pasukan.

Terbuka kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menyertai, CPL akan diadakan di Padang Sir Gerald Templer yang terletak di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Bagi anda yang memiliki pasukan dan berminat untuk mendaftar, yuran RM600 beserta deposit berjumlah RM350 hendaklah disertakan kepada pihak urusetia.

Hari perlawanan ialah pada Selasa & Rabu pada jam 8pm dan juga pada 10pm pada hari berikutnya.

Bagi memudahkan pasukan bertanding, mineral water dan juga matchball turut akan disertakan buat setiap pasukan pada hari perlawanan.

Syarat-syarat lain penyertaan liga ialah seperti berikut:

  • Terbuka kepada Warga Negara Malaysia & Warga Negara Asing (2 orang sahaja)
  • Pendaftaran Pemain 25 orang
  • 2 ‘Guest Player’ setiap perlawanan
  • Peraturan mengikut undang2 FAM / FIFA. *Pihak urusetia berhak membuat pindaan.
  • Liga 1 kumpulan 12 pasukan. Bermain 1 ‘pusingan sahaja’
  • Format liga dan pasukan yang mengutip mata tertinggi menjuarai liga
  • Masa permainan 27 min + 27 min ( 2 half ).
  • Pertukaran ‘rolling sub’.
  • Pemain Profesional taraf Liga Presiden, FAM, Perdana atau Super tidak dibenarkan bermain.

Hadiah menarik turut ditawarkan oleh pihak penganjur. Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 beserta trofi dan medal.

Naib juara akan membawa pulan hadiah kemenangan RM1,500 bersama medal, manakala pasukan di tempat ke-3 akan menerima RM700 bersama medal.

Pemain terbaik dan penjaring terbanyak liga, masing-masing turut akan menerima RM100 beserta plaque.

Tarikh tutup pendaftaran ialaah pada 27 Ogos, atau sehingga 12 pasukan pertama sudah mengesahkan pendaftaran.

Jika anda mempunyai pasukan dan berminat untuk menyertai pertandingan ini, sila hantar WhatsApp ‘Liga’ dan hantar kepada 0149226224 (Shah), dan pihak urusetia akan membantu anda untuk sebarang pertanyaan dan proses pendaftaran.

Anda tunggu apa lagi? Siapkan pasukan masing-masing dan daftarlah sekarang!

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN