Musim perpindahan kali ini menyaksikan Juventus menjadi pusat jualan barang mahal.
Selepas meletakkan valuasi £100 juta untuk Pogba kini Juventus dikatakan meletakkan harga £51 juta untuk Bonucci.
Pep Guardioala sebelum ini sudah kehilangan bintang Bilbao, Aymeric Laporte yang menandatangani kontrak lanjutan.
Guardiola telah lama meminati Bonucci dan pernah menyatakannya dalam sidang media ketika beliau di Bayern Munich.
Kini City mungkin akan menggunakan Yaya Toure sebagai salah satu pakej bersama duit. Ia bergantung sama ada Juventus mahukan Yaya Toure atau tidak.
Juventus dilaporkan telah menolak bidaan £38 juta daripada Chelsea untuk Bonucci yang dikehendaki bos lama beliau Antonio Conte.
City enggan memenuhi harga £51 juta kerana Bonucci sudah berusia 29 tahun. Kini, City dikatakan menjadikan John Stone sebagai pelan seterusnya.
Baca juga: Conte Bakal Uji 3-4-3 Menentang Sepanyol, Pertimbang Jadi Formasi Itali Dalam EURO 2016