Ciro Immobile Ledak Hatrik, Bantu Lazio Benam Barisan Bintang AC Milan 4-1

Perlawanan melibatkan Lazio dan juga AC Milan itu sendiri sudah menceritakan betapa tingginya profil perlawanan ini di mata peminat bola sepak terutama pengikut tegar Serie A.

Sebagai antara pasukan terulung Itali, perlawanan ini menjadi tumpuan peminat dengan pasukan AC Milan kini dibarisi dengan pelbagai pemain bintang selepas berbelanja besar pada jendela perpindahan baru-baru ini.

Mereka berjaya mendapatkan 6 mata pertama selepas berjaya memenangi 2 perlawanan pertama Serie A. Namun di perlawanan ke-3, mereka dimalukan Lazio.

Lazio nyata begitu ampuh buat mereka apabila berjaya menumbangkan juara Eropah 7 kali itu dengan jaringan besar 4-1 dalam aksi perlawanan di Stadio Olimpico.

Dalam perlawanan yang dilangsungkan sedikit lewat dari masa yang dijadualkan akibat hujan lebat, bekas penyerang Borussia Dortmund iaitu Ciro Immobile mencuri tumpuan dengan persembahan cemerlang beliau.

Beliau menjaringkan hatrik buat Lazio selepas menjaringkan gol pertama pada minit ke-38 sebelum menambah gol kedua miliknya pada minit ke-43.

2 gol dalam masa 2 minit hadir buat Lazio pada awal separuh masa kedua apabila Immobile melengkapkan hatriknya pada minit ke-48 sebelum bekas pemain Liverpool iaitu Luis Alberto menjaringkan gol pada minit ke-49.

Hatrik buat Ciro Immobile!

Tidak lama kemudian, muncul Ricardo Montolivo untuk memberikan gol saguhati buat AC Milan pada minit ke-56.

Persembahan cemerlang Lazio itu nyata melonjak pasukan tersebut ke zon 3 terbaik Serie A dengan 7 mata.

Sementara AC Milan pula berada di tangga ke-6 dengan kutipan mata sebanyak 6 mata.

Sumber:

  1. BBC Sport (2017): Lazio 4-1 AC Milan; http://www.bbc.com/sport/football/41219433#tab-0

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN