Penyerang Lazio, Ciro Immobile menganggap kejayaannya muncul pemenang Kasut Emas Eropah sebagai mimpi yang menjadi kenyataan apabila beliau menjaringkan 36 gol dalam saingan Serie A musim ini.
Seperti dilaporkan semalam, pemain berusia 30 tahun itu juga turut menyamai pencapaian jaringan terbanyak dalam satu musim yang sebelum ini dicipta Gonzalo Higuain pada musim 2015/16.
Kejayaan meledakkan 36 gol itu bermakna Immobile menewaskan beberapa pencabar terdekatnya seperti Robert Lewandowski [34 gol], Cristiano Ronaldo [31 gol], Timo Werner yang mencipta 28 jaringan dan penjaring terbanyak La Liga dengan 25 gol, Lionel Messi.
”Saya berasa sangat gembira dan berbangga dengan apa yang saya capai, terutamanya apabila saya memandang ke belakang di mana saya bermula dan semua yang dilalui.”
”Sekiranya anda benar-benar percaya, kadang-kadang, impian menjadi kenyataan. Saya hanya boleh mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan dan saya dapat meyakinkan anda bahawa catatan ini untuk seluruh pasukan.”
”Saya juga mengucapkan terima kasih kepada penyokong Lazio yang mana membuatkan saya rasa sangat diperlukan dalam pasukan ini dan saya sangat berbangga dengan perkara tersebut.”
”Saya ingin menjadi contoh dalam kehidupan di mana sekiranya anda tidak berputus asa, anda mampu untuk mencapai segala sasaran yang ditetapkan.”
”Saya sangat berbangga mendapat tempat dalam sejarah sukan ini. Saya terharu memikirkan bagaimana rakan sepasukan menyambut saya di bilik persalinan selepas saya menjaringkan hatrik di Verona. Itulah yang berkaitan dengan sukan ini,” ujar Ciro Immobile menurut laporan Goal.
Kredit featured image: Paolo Bruno/Getty Images
Baca artikel lain dari kami mengenai Ciro Immobile: