CIMB Liga Super 2020: PJ City Raih Kemenangan Sulung

PJ City

Kogileswaran Raj muncul wira buat PJ City FC selepas jaringannya pada lewat perlawanan berjaya menumpaskan bekas pasukannya, Pahang 3-2 pada aksi minggu kedua CIMB Liga Super 2020 yang berlangsung di Stadium UiTM, Shah Alam sebentar tadi.

Langkah kemenangan pasukan tuan rumah bermula pada minit ke-11 selepas Aboubacar Damba Camara yang tidak dikawal pertahanan Pahang dalam kawasan penalti menolak masuk bola hasil hantaran lintang daripada Washington Brandao Dos Santos.

Kelebihan skuad bimbingan K. Devan itu hanya mampu bertahan empat minit apabila Dickson Nwakaeme mudah menyempurnakan sepakan penalti untuk kembali menyamakan kedudukan.

Selepas itu, kedua-dua pasukan bekerja keras untuk menambah jaringan tetapi penyudah kurang berkesan menggagalkan usaha mereka.

Kem Pahang melonjak kegembiraan pada minit ke-51 selepas Ivan Carlos Franca Coelho melakukan kuisan cantik yang sekaligus menewaskan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed bagi menjadikan kedudukan 2-1.

Tidak mahu terus ketinggalan, para pemain PJ City FC menggandakan asakan hebat ke kubu Pahang dan usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-59 menerusi R. Barathkumar.

Pemain gantian, Kogileswaran Raj meranapkan impian Pahang untuk sekurang-kurangnya mencatatkan satu mata pada perlawanan ini apabila sepakan percuma yang diambil di hadapan sepakan penalti sedikit membias dan kemudiannya menerjah gawang pasukan pelawat untuk menghadiahkan kemenangan pertama buat PJ City pada masa kecederaan.

Kemenangan itu menyaksikan PJ City kini mengumpul empat mata selepas mengharungi dua perlawanan manakala Pahang pula tewas buat kali kedua berturut-turut.

Kredit foto: PJ City FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN