CIMB Liga Super 2020: Felda United Calar Rekod Bersih JDT

Liga-M FAM JDT

Felda United muncul pasukan pertama yang berjaya mencuri mata dari Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas berjaya mengikat juara bertahan Liga Super itu dengan keputusan 1-1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Sabtu.

Dalam aksi yang berlangsung tanpa kehadiran penonton itu, jaringan pemain import Gambia, Frederic Bulot pada separuh masa kedua telah memadam gol pendahuluan JDT yang dijaringkan oleh penyerang kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad 

JDT turun tanpa kelibat Leondro Velazquez yang mengalami kecederaan sewaktu menentang PDRM tempoh hari dan digantikan dengan Muhammad Syafiq Ahmad. Liridon juga diletakkan di bangku simpanan dan Gonzalo Cabrera kembali memulakan perlawanan.

Felda juga telah menurunkan pemain pertahanan importnya, Nicola Raspopovic menggantikan Azmizi Azmi. Kelibat penyerang utama, Khairul Amri Mohamad Kamal tiada dalam senarai pemain. Namun Bulot telah kembali ke kesebelasan utama.

JDT mendapat peluang awal pada minit ke-12 menerusi Diogo yang menerima hantaran lintang Corbin Ong, namun tandukannya tersasar di sebelah kiri gawang pasukan pelawat.

Selepas 20 minit menguasai perlawanan, JDT nyata unggul untuk mendahului perlawanan selepas Mathew Davies bijak melepasi kawalan pertahanan dan membuat hantaran lintang rendah dari sebelah kanan kepada Syafiq Ahmad yang menguis bola masuk ke gawang gol yang dikawal Muhaimin Mohamad.

Tidak mahu mengalah terlalu awal, Felda United mula mengatur serangan dan mendapat peluang pada minit ke-28 menerusi percubaan Nicolas Velez, namun Farizal Marlias lebih bersedia untuk menyelamatkan keadaan.

Natxo Insa juga mendapat peluang untuk menjaringkan gol kedua pasukannya, namun Muhaimin cemerlang menafikan tandukannya hasil dari sepakan penjuru.

Kedua-dua pasukan kemudian saling berbalas serangan tetapi gagal menghasilkan gol sehingga pengadil meniupkan wisel menandakan tamat separuh masa pertama.

Bermula babak kedua, Felda United mula memperkemaskan corak permainannya dan hasilnya Frederic Bulot menyudahkan gerakan satu dua Velez dan Ryutaro Megumi pada minit ke-51.

Tersentak dengan gol penyamaan itu, JDT kembali melancar serangan bertubi-tubi ke arah kubu pelawat dan berjaya mendapatkan sepakan penalti apabila Ariff Farhan Md Isa tertampan bola dengan tangannya.

Walaubagaimanapun, Muhaimin Mohamad tenyata cemerlang pada malam ini untuk menafikan sepakan Cabrera dengan melayangkan badannya ke kanan bagi menafikan gol kedua JDT.

Aksi bertambah rancak dengan kedua-dua pasukan mempamerkan corak permaianan pantas dan saling berbalas serangan sehingga pengadil mula melayangkan kad kuning kepada beberapa pemain yang membuat kekasaran.

Ketika perlawanan berbaki 5 minit, Benjamin Mora memasukkan pemain muda, Arif Aiman Mohd Hanapi dan Syamer Kutty Abba sebagai usaha akhir bagi mendapatkan gol kemenangan.

Felda United yang juga telah membuat beberapa pertukaran pemain cekal bertahan untuk memastikan gawang mereka tidak lagi dibolosi sehingga tamat perlawanan dan meraikan kejayaan mencuri satu mata untuk dibawa pulang ke Jengka.

Penjaga gol Felda United selayaknya dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan selepas beraksi cemerlang menafikan percubaan-percubaan berbahaya sepanjang malam ini.

Keputusan seri itu telah mencalarkan rekod kemenangan 100 peratus JDT dalam kempen Liga Super, namun skuad Harimau Selatan masih gah di persada liga dengan 10 mata dari empat perlawanan.

 

Kredit foto: JOHOR Southern Tigers

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN