CIMB Liga Super 2020: Brendan Gan Muncul Wira Selangor

Selangor merakamkan kemenangan menentang Pahang menerusi gol dramatik Brendan Gan pada minit ke-89 untuk menang dengan jaringan 2-1 di Stadium Darul Makmur pada aksi sulung CIMB Liga Super 2020.

Persiapan pra-musim yang tempang buat Pahang seolah-olah tidak menggangu rentak perlawanan mereka apabila berjaya menguasai separuh masa pertama dengan baik.

Dickson Nwakaeme jelas menghadirkan ancaman yang cukup bahaya buat Selangor dengan Taylor Regan jelas menghadapi pelbagai masalah dalam menyekat kemaraan pemain dari Nigeria itu.

Pahang berjaya mendahului menerusi jaringan Ivan Carlos selepas beliau menolak mudah hantaran Gopi Rizqi dari sebelah kiri pada minit ke-20.

Selangor sepertinya kurang kreatif di bahagian tengah dan hanya sesekali sahaja melakukan serangan menerusi Syazwan Zainon.

Namun begitu ianya tidak menghalang mereka mengikat kedudukan menerusi Ifedayo Olesegun hasil bantuan gol Brendan Gan.

Separuh masa kedua menyaksikan rentak permainan kendur diantara kedua-dua pasukan. Namun di penghujung babak separuh masa kedua menyaksikan tempo mula meningkat.

Kemasukan Rufino Segovia berjaya memberikan inspirasi buat Selangor apabila berjaya menemui Gan di sebelah sayap kiri.

Gan berjaya masuk ke dalam dan melepaskan rembatan padu kaki kanan untuk memberikan gol kemenangan buat Selangor pada minit ke-89.

Empat minit masa kecederaan jelas digunakan sebaiknya oleh Pahang dengan Nwakaeme melepaskan rembatan padu yang hanya singgah di palang.

Segala usaha Pahang untuk mencari gol jelas tidak berjaya dan mereka tewas dengan jaringan 2-1.

Secara keseluruhannya, Pahang merupakan pasukan yang lebih baik di dalam perlawanan ini namun begitu Selangor yang mempunyai peluang yang terhad berjaya menyudahkan percubaan untuk membawa pulang tiga mata.

Kesebelasan utama

Pahang: Sharbinee Allawee (penjaga gol), Khalil Khamis, Herold Goulon (Muslim Ahmad 45′), Adam Michael, Faisal Halim, Ivan Carlos (Nik Sharif 86′), S. Kumaarhan. Faizal Rosli, Azam Azih, Gopi Rizqi (Shahrul Nizam 70′), Dickson Nwakaeme (ketua pasukan)

Selangor: Khairul Azhan (penjaga gol), K. Prabakaran, Rodney Calvin, Taylor Regan (ketua pasukan), A. Namathevan (Khyrill Muhymeen 45′), Safuwan Baharuddin, Brendan Gan, Sandro Da Silva (Halim Saari 85′), Syahmi Safari, Syazwan Zainon (Rufino Segovia 66′), Ifedayo Olesegun

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN