CIES: Pemain Paling Bernilai Setiap Kelab EPL, Van Dijk, Ozil, Pogba Bukan Termahal Di Kelab Mereka

CIES mengeluarkan laporan penilaian pasaran pemain melibatkan pemain-pemain di EPL.

1. Harry Kane (Tottenham) – £171 juta
LONDON, ENGLAND – APRIL 09: Harry Kane of Tottenham Hotspur shoots during the UEFA Champions League Quarter Final first leg match between Tottenham Hotspur and Manchester City at Tottenham Hotspur Stadium on April 9, 2019 in London, England. (Photo by Marc Atkins/Getty Images)

Kane paling mahal di Spurs, England dan juga di EPL. Beliau menjadi perhatian pasukan seperti Real Madrid.

2. Raheem Sterling (Manchester City) – £161 juta
Raheem Sterling
LONDON, ENGLAND – MARCH 22: Hat trick scorer Raheem Sterling collects the match ball from referee Artur Dias during the 2020 UEFA European Championships Group A qualifying match between England and Czech Republic at Wembley Stadium on March 22, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Clive Rose/Getty Images)

Aksi cemerlang Sterling musim ini membuatkan beliau menjadi pemain paling bernilai di Manchester City. Beliau kini menjadi calon pilihan untuk memenangi Anugerah Pemain Terbaik PFA 2018/19.

3. Mohamed Salah (Liverpool) – £160 juta
Salah
WOLVERHAMPTON, ENGLAND – JANUARY 07: Mohamed Salah of Liverpool during the Emirates FA Cup Third Round match between Wolverhampton Wanderers and Liverpool at Molineux on January 7, 2019 in Wolverhampton, United Kingdom. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Mo Salah mengatasi nilai Virgil Van Dijk mahupun Sadio Mane. Walaupun aksi musim ini tidak seperti musim lalu, namun CIES meletakkan tanda harga £160 juta untuk beliau.

4. Romelu Lukaku (Manchester United) – £137 juta

Lukaku mengejutkan kami. Kerana kami menjangkakan Paul Pogba dan David De Gea mahupun Rashford yang paling mahal. Namun CIES meletakkan nilai Lukaku tertinggi di Manchester United.

5. Eden Hazard (Chelsea) – £105 juta

Eden Hazard menang sudah kami jangka akan menjadi pemain paling bernilai di kem Chelsea. Namun pemain ini memasuki tahun akhir kontrak beliau di Stamford Bridge.

6. Pierre-Emerick Aubameyang (Arsenal) – £72 juta
LONDON, ENGLAND – MARCH 14: Pierre-Emerick Aubameyang celebrates scoring the 3rd Arsenal goal with Sead Kolasinac during the UEFA Europa League Round of 16 Second Leg match between Arsenal and Stade Rennais at Emirates Stadium on March 14, 2019 in London, England. (Photo by Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images)

Aubameyang mengatasi rakan rakannya yang lain seperti Lacazette mahupun Mesut Ozil untuk bergelar paling berharga di Arsenal ketika ini.

7. Richarlison (Everton) – £71 juta

Pemain kebangsaan Brazil ini kekadang dilihat terlalu bagus untuk beraksi dengan kelab seperti Everton. Namun bukan murah jika ada kelab mahukan beliau.

8. Declan Rice (West Ham United) – £60 juta
LONDON, ENGLAND – JANUARY 12: Declan Rice of West Ham United celebrates after scoring his team’s first goal during the Premier League match between West Ham United and Arsenal FC at London Stadium on January 12, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Marc Atkins/Getty Images)

Di kalangan bintang-bintang West Ham, Declan Rice kini menjadi pemain yang paling mahal – berdasarkan penilaian CIES.

9. Youri Tielemans (Leicester City – pinjaman dari Monaco) – £52 juta

Di kem Leicester City, pemain termahal mereka adalah aset pinjaman iaitu Tourist Tielemans.

10. Aleksandar Mitrović (Fulham) – £43 juta
26th August 2018, Craven Cottage, London, England; EPL Premier League football, Fulham versus Burnley; Aleksandar Mitrovic of Fulham celebrates his first goal with Jean Michael Seri making it 2-1 in the 36th minute (photo by Shaun Brooks/Action Plus via Getty Images)

Fulham sah tersingkir daripada EPL. Pemain ini diletakkan nilai £43 juta. Jadi harga beliau pastinya lebih murah daripada itu – jika ada kelab EPL mahukan beliau.

11. Ruben Neves (Wolverhampton Wanderers) – £40 juta
WOLVERHAMPTON, ENGLAND – AUGUST 11: Ruben Neves of Wolverhampton Wanderers celebrates after scoring their first goal during the Premier League match between Wolverhampton Wanderers and Everton FC at Molineux on August 11, 2018 in Wolverhampton, United Kingdom. (Photo by David Rogers/Getty Images)

Ruben Neves mungkin agak underrated dari segi harga diletakkan CIES. Pemain ini memiliki kualiti yang sangat baik.

12. Nathan Ake (Bournemouth) – £35 juta

Graduan Chelsea ini terus menjadi bakat yang berkembang baik di bawah kendalian Eddie Howe.

13. Wilfried Zaha (Crystal Palace) – £33 juta
Crystal Palace’s Wilfried Zaha and manager Roy Hodgson during the Premier League match at the Kirklees Stadium, Huddersfield. (Photo by Mike Egerton/PA Images via Getty Images)

£33 juta mungkin terlalu murah untuk Wilfred Zaha. Ini kerana beliau kelihatan semakin baik dan matang di dalam permainannya.

Berikut adalah nilai 7 lagi pemain lain:

14. NathanRedmond (Southampton) – £32 juta
15. Gerard Deulofeu (Watford) – £32 juta
16. James Tarkowski (Burnley) – £21 juta
17. Shane Duffy (Brighton & Hove Albion) – £18 million
18. Jamaal Lascelles (Newcastle United) – £16 juta
19. Terence Kongolo (Huddersfield Town) – £15 juta
20. Josh Murphy (Cardiff City) – £12 juta

Apa pandangan anda? Ada pemain overpriced? Dan ada yang underpriced?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN