CIES: Mbappe Termahal, Messi Ke-7, Ronaldo Ke-19, Lukaku Dan Coutinho Lebih Mahal Daripada Hazard

CIES Football Observatory mengeluarkan senarai terkini pemain bola sepak termahal di dunia. Kylian Mbappe dan Harry Kane menjadi pemain paling tinggi nilai pasaran di dunia ketika ini.

Penilaian CIES ini adalah berdasarkan algoritma yang mengambil kira aspek; durasi kontrak, umur, posisi, liga dan banyak lagi.

Kylian Mbappe baru berusia 20 tahun. Beliau menjadi pemain penting PSG dan Perancis. Mbbape membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 2018.

Manakala Harry Kane merupakan pemain penyerang tengah yang menjadi idaman banyak kelab besar kerana keupayaan tinggi beliau menjaringkan gol.

Berdasarkan laporan CIES Mbappe diletakkan nilai €218.5 juta, manakala Harry Kane sebanyak €200.3 juta. Sebelum ini Kane dinilai sebagai pemain paling berharga oleh CIES. Di tempat ke-3 adalah rakan sepasukan Mbappe di PSG iaitu Neymar.

Neymar kini diletakkan nilai €197.1 juta oleh CIES. Beliau juga merupakan pemain yang beberapa kali dikaitkan dengan Real Madrid sejak akhir-akhir ini.

Ini diikuti oleh Raheem Sterling dan Mohamed Salah yang masing-masing bernilai €185.8 juta dan €184.5 juta. Improvisasi penyudah oleh Sterling banyak memberikan manfaat kepada pemain ini.

Lionel Messi diletakkan di tangga ke-7 oleh CIES dengan nilai €171.2 juta. Sementara itu Lukaku dan Coutinho yang musim ini kerap bergelut untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama juga berada dalam senarai 10 teratas.

https://twitter.com/WakabetNG/status/1082979397492264960

Paul Pogba, Eden Hazard dan Cristiano Ronaldo kesemuanya berada dalam senarai 20 teratas. Dele Alli kini memiliki tag harga lebih mahal daripada Paul Pogba.

Ini adalah senarai 20 teratas terbaru yang dikeluarkan oleh CIES.

Liverpool memiliki rekod unik apabila memiliki pasangan bek sisi termahal apabila Trent Alexander-Arnold dan Andy Robertson diletakkan nilai masing-masing  €117 juta dan  €82 juta.

Rumusan

Tiada nama pertahanan ataupun penjaga gol dalam senarai 20 teratas untuk CIES kali ini – meskipun ada 2 rekod dunia untuk penjaga gol dilakukan pada perpindahan pra musim 2018/19.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN