Christian Pulisic: Chelsea Memiliki Kombinasi Pemain Muda & Berpengalaman Yang Hebat

Pulisic

Pemain Chelsea, Christian Pulisic menyifatkan The Blues pada ketika ini memiliki kombinasi pemain muda dan berpengalaman yang hebat.

Pujian daripada pemain skuad kebangsaan Amerika Syarikat itu menjelma sejurus Chelsea berjaya mencatatkan kemenangan keenam berturut-turut dalam semua kejohanan disertai.

Lebih manis buat Pulisic apabila beliau mencipta bantuan terhadap jaringan kemenangan Chelsea yang dihasilkan Michy Batshuayi pada minit ke-86 ketika menewaskan Ajax 1-0 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah di Amsterdam Arena.

”Saya fikir kami telah bekerja keras sepanjang perlawanan [bertemu Ajax] dan pada separuh masa pertama, kami mengatakan untuk meneruskannya dengan terus bersaing kerana kami melakukan dengan baik dan penggantian pemain benar-benar menunjukkan perbezaan.”

”Sudah tentu, saya diberikan satu lagi peluang untuk dimasukkan dan pengurus [Frank Lampard] mengatakan kepada saya, ‘masuk, berikan impak dan lakukan kelainan’ dan saya gembira kerana dapat memberikan sedikit bantuan.”

”Saya merasakan kami mempunyai kombinasi pemain muda dan berpengalaman yang hebat, dan saya fikir ini merupakan alasan mengapa kami mendapatkan keputusan memberangsangkan akhir-akhir ini. Saya berpendapat ia datang bersama, kami mempunyai keseimbangan yang hebat.”

”Semangat berpasukan pasti tidak perlu dipersoalkan lagi. Kami akan meneruskannya. Menjadi satu-satunya warga Amerika, ia bagus. Saya boleh bergaul bersama-sama beberapa orang Perancis, Brazil.”

”Ia bagus, kombinasi yang baik dan saya sangat rapat dengan semua orang, jadi ia sesuatu yang hebat untuk mengenali semua orang [pemain] tersebut.”

Meskipun kelihatan kurang mendapat tempat selaku pemain kesebelasan utama pilihan Frank Lampard, pemain berusia 21 tahun itu masih mampu membalas kepercayaan ketika dimasukkan selaku pemain gantian dengan beberapa bantuan jaringan diciptakannya.

Kredit foto: Express UK

 

 

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN