Christian Eriksen Sudah Bersedia Untuk Tinggalkan Tottenham Hotspur

Semalam Christian Eriksen mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mungkin mahu mencari cabaran yang baharu selepas ini – di dalam kariernya.

Ini secara tidak langsung memberikan isyarat bahawa beliau membuka pintu untuk keluar daripada Spurs.

Eriksen antara pemain yang dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid. Beliau cuma ada baki kontrak setahun dengan Spurs. Jika Spurs tidak menjual beliau dalam jendela perpindahan kali ini, Eriksen menjadi ejen bebas pada Januari 2020.

Eriksen menyertai Spurs dari Ajax pada 2012 dengan nilai perpindahan £12.5 juta. Christian Eriksen menjadi antara perancang tengah yang sangat kreatif di liga utama Eropah.

Walaubagaimanapun, Eriksen menyatakan beliau sentiasa terbuka untuk mendengar sebarang tawaran oleh Spurs. Oleh itu beliau tidak pernah menolak kemungkinan untuk menandatangani kontrak baharu di kelab tersebut.

Eriksen berkata: “Jika saya harus pergi, harap ia adalah langkah ke hadapan. Saya berharap perkara ini menemui rumusan pada musim panas ini [jendela pra-musim sekarang].”

“Saya merasakan bahawa saya kini berada di tempat – di mana saya mungkin mahu mencuba sesuatu yang baharu.”

“Saya sangat menghormati Tottenham di atas segala yang telah dilalui.”

“Namun dalam bola sepak, kamu tidak tahu, bila ‘masa’ itu akan tiba. Ianya boleh berlaku pada bila-bila masa.”

“Semua orang mahu perkara itu berlaku secepat mungkin, namun dalam bola sepak ianya memerlukan masa. Ianya bergantung kepada Daniel Levy.”

“Dan tawaran kelab lain akan tiba, ataupun saya harus duduk di meja rundingan untuk kontrak baharu dengan Spurs. Kamu tidak boleh menentukan masa semua itu dengan sendiri.”

“Tidak banyak perkara yang Tottenham tidak mampu berikan. Ianya sukar. Namun ianya bergantung kepada kemungkinan.”

“Jika tiba-tiba muncul perkara yang lebih mengujakan di sini, kenapa tidak untuk saya terus kekal di sini. Sama ada saya lanjutkan kontrak ataupun tidak – ianya bergantung kepada beberapa syarat.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN