Pengurus Brighton & Hove Albion, Chris Hughton akhirnya berjaya menarik nafas lega apabila anak buahnya mencatatkan kemenangan sulung malam tadi.
Kemenangan 3-1 keatas West Bromwich Albion (WBA) di Falmer Stadium itu juga bukan sahaja menamatkan kemarau tanpa kemenangan buat The Seagulls, malah ianya pengakhiran kepada penantian mereka untuk menghasilkan jaringan selepas gagal melakukannya pada 3 perlawanan terdahulu.
Pascal Gross berjaya menyumbang 2 gol manakala Tomer Hemed menambah satu lagi jaringan untuk memastikan kemenangan sulung tersebut walalupun James Morrison cuba untuk merapatkan jurang dengan gol saguhati pada minit ke-77.
Sumbangan bermakna Gross yang menjaringkan satu gol sebelum tamat babak pertama dan satu lagi jaringan sebaik sahaja babak kedua berlangsung mendapat pujian dari Hughton.
”Gross begitu baik sejak dari hari pertamanya disini,” kata Hughton kepada Skysports selepas perlawanan.
”Dia cepat menyesuaikan diri dan juga menjalani latihan pra-musim bersama kami, ianya sangat membantu Gross. Dia merupakan seorang pemain yang fleksibel dan boleh bermain di beberapa posisi di bahagian tengah. Kesesuaian ini juga membantu kami.”
”Kredit harus diberikan kepada ‘scouting’ kami. Gross telah berada dalam radar pasukan sejak beberapa tahun yang lalu, malahan saya mengikuti perkembangannya kira-kira dua tahun setengah yang lalu. Dia seorang pemain yang bekerja keras.”
Pada 3 perlawanan liga sebelum ini, Brighton tewas 2-0 ditangan Manchester City dan Leicester City serta berjaya mencuri satu mata apabila terikat tanpa jaringan ketika bertemu Watford.
Mengulas mengenai kemenangan sulung tersebut, Hughton beranggapan mata penuh yang diperolehi itu sungguh berharga.
”Ini merupakan 3 mata yang sangat ‘besar’,” Chris Hughton menambah. Mana-mana pasukan dari liga Championship yang naik ke EPL, selepas mengharungi beberapa perlawanan yang baik tanpa sebarang kemenangan, ini merupakan hari yang baik.”
”Sekiranya anda tidak mendapatkan kemenangan itu, ianya pasti akan mendatangkan kerisauan tetapi kami layak untuk mendapatkannya (kemenangan).
Sumber :
Skysports (2017) – http://www.skysports.com/football/news/11741/11027956/chris-hughton-praises-pascal-gross-after-brighton-secure-first-premier-league-win