China Pencabar Terkuat Malaysia Dalam Kelayakan AFC B-23

Skuad Malaysia Bawah 23 tahun (B-23) bakal berdepan tugasan yang penting pada bulan ini apabila dijadualkan menghadapi kempen Kelayakan AFC B-23 menentang China, Laos dan Filipina.

Di atas kertas, China merupakan pilihan utama untuk layak berdasarkan kedudukan ranking FIFA, namun pengendali skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee tidak mahu anak buahnya mengambil mudah ancaman Laos dan Filipina.

Malah beliau yakin skuad Malaysia akan layak secara merit kerana pasukannya mempunyai kelebihan sebagai tuan rumah dalam saingan kali ini untuk memastikan kedudukan kedua terbaik kumpulan menjadi milik negara.

Justeru, dengan gabungan pemain terbaik negara, Kim Swee menyasarkan untuk layak ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-23 2020 di Thailand yang juga merupakan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“China dan Malaysia mempunyai kelebihan tetapi pada masa sama, kami tidak boleh memandang rendah kemampuan Filipina dan Laos.

“Dalam kempen kelayakan ini, hanya pasukan teratas akan mara ke pusingan akhir manakala pasukan yang mengakhiri saingan peringkat kumpulan di tangga kedua pula perlu menantikan keputusan lain sebelum dapat memastikan sama ada akan mara atau tidak,” ujarnya dalam Stadium Astro.

Ong Kim Swee ketika mengendali sesi latihan skuad Malaysia B-23 di China. Foto: Facebook FAM.

Pada edisi di China tahun lalu apabila anak buah Kim Swee mencipta kejutan apabila menewaskan Arab Saudi 1-0 untuk mara ke peringkat suku akhir. Ia merupakan pencapaian terbaik negara dalam kejohanan AFC B-23.

“Kelebihan Malaysia sudah tentu bermain di tempat sendiri kerana penyokong akan memainkan peranan penting. Yang mustahak, kami menjalani persiapan lebih rapi dan semua pemain terbaik pula akan terlibat,” kata Kim Swee lagi.

Pengendali skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee, optimis mampu membentuk skuad mantap dengan mengekalkan 50 peratus daripada barisan tonggak Kejohanan AFF B-22 2019 dan kembalinya kelibat empat tonggak utama negara.

Barisan pemain yang beraksi di Kejohanan AFC B-23 di China tahun lalu. Foto: Facebook FAM.

Skuad B-23 negara dijangka akan diperkuatkan oleh beberapa tonggak utama seperti Akhyar Rashid, Syahmi Safari, Safawi Rasid dan Syamer Kutty Abba berganding bersama separuh daripada pemain yang beraksi di kejohanan AFF B-22 bulan lepas.

“Saya akan mengekalkan seramai 50 peratus pemain yang pernah beraksi dalam Kejohanan AFF B-22 2019, jelajah Thailand dan Piala Newspaper. Mereka akan disesuaikan dengan tonggak yang beraksi dalam Kejohanan AFC B-23 tahun lalu.

“Saya akan membuat sedikit perubahan, terutama kemasukan beberapa pemain utama yang tidak dapat mengikuti kempen kami di Kemboja (Kejohanan AFF B-22 minggu lalu).

“Saya percaya akan mendapat lebih banyak perkembangan yang cukup positif sebelum kami memulakan kempen kelayakan sebenar pada 22 Mac depan,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN