China Dipilih Sebagai Penganjur Piala Asia 2023

China telah dipilih untuk menjadi tuan rumah kejohanan Piala Asia seterusnya yang akan diadakan pada 2023. Perkara itu diumumka oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas beberapa negara lain yang berminat membida sebagai penganjur sebelum ini telah menarik diri.

Penganugerahan hak sebagai tuan rumah Piala Asia 2023 adalah yang kedua buat China – setelah turut pernah menjadi tuan rumah kepada pertandingan utama bola sepak peringkat rantau Asia itu pada 2004.

China turut mara sehingga ke perlawanan akhir pada Piala Asia 2004, sebelum ditewaskan oleh Jepun dengan jaringan 3-1 dalam perlawanan akhir yang diadakan di Beijing.

Pengumuman tersebut dilakukan oleh AFC sempena Kongres Luar Biasa badan induk bola sepak Asia itu yang berlangsung di Paris semalam.

“Ia hebat untuk China, penghormatan hebat buat China menjadi penganjur Piala Asia 2023. Kami sudah sedia dan yakin untuk menjadi penganjur kejohanan yang berjaya,” kata Ahli Majlis FIFA China, Du Zhaocai.

Selain China, Korea Selatan adalah antara negara yang menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah, sebelum menarik diri.

Dua negara Asia Tenggara, Thailand dan Indonesia juga pernah menyatakan minat untuk menganjurkan kejohanan 2023 itu tetapi menarik diri lebih awal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN