Chile menang 2-0 ke atas Cameroon dalam perlawanan yang menyaksikan 2 kali VAR digunakan di dalam perlawanan ini melibatkan gol dari pemain yang sama iaitu Vargas. Salah satu daripadanya menyaksikan gol Vargas ditarik balik.
Chile dan Cameroon memulakan perlawanan dengans seimbang. Kedua-dua pasukan saling serang-menyerang. Penjaga gol Cameroon, Ondoa antara watak penting dalam perlawanan ini.
Beliau menafikan banyak cubaan ke arah gol oleh Chile. Cameroon dan Chile masing-masing banyak mencipta peluang pada separuh masa pertama namun agak tumpul di hadapan gol.
Cameroon hampir di hadapan namun gol mereka dibatalkan kerana Aboubakar didakwa menarik Vidal.
Drama VAR pertama berlaku sebelum wisel rehat. Vargas menerima hantaran lolos cantik daripada Vidal dan merembat masuk.
Vargas dan rakan-rakannya meraikan gol dengan gaya tersendiri. Namun agak hampa selepas itu kerana pengadil menarik balik gol itu hasil daripada reviu dalam VAR.
Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan.
Bersambung babak kedua. Kedua-dua pasukan sekali lagi bermain secara terbuka. Cameroon memperbaiki jaringan hantaran di antara pemain-pemain mereka.
Namun skrip yang sama untuk kedua-dua pasukan, tumpul di hadapan gol.
Minit ke-58, Chile membawa masuk Alexis Sanchez. Ternyata pemain ini menjadi pengubah nasib pasukan beliau. Sanchez mencipta 1 gol untuk Vidal pada minit ke-81.
Beliau kemudian menewaskan perangkap ofsaid untuk mencetuskan gol kedua Vargas. Sanchez menewaskan penjaga Ondoa, dan merembat bola yang dihadang oleh pertahanan Cameroon.
Vargas meluru untuk melakukan susulan dan gol. Namun, gol itu terpaksa direviu menerusi VAR.
Kem Chile menanti penuh resah. Seminit kemudian, pengadil mengesahkan gol itu. Vargas tidak dapat menahan air matanya setelah agak emosi menjangkakan gol kali ini turut dibatalkan oleh VAR.
Tamat perlawanan, Chile 2, Cameroon 0.
Statistik
Kedudukan semasa