LA Galaxy mengumumkan Javier Hernandez ataupun Chicharito sebagai pemain baharu mereka. LA Galaxy membayar €9 juta untuk mendapatkan pemain kebangsaan Mexico itu dari Sevilla.
Bekas penggempur Manchester United itu membuat keputusan mengejut, mahu meninggalkan skuad bimbingan Julen Lopetegui, hanya selepas 4 bulan menyertai pasukan tersebut.
Hernandez, yang hanya menjaringkan 3 gol daripada 15 penampilan bersama Sevilla, dilaporkan akan menjadi pemain yang mennerima bayaran tertinggi ketika ini berdasarkan gaji asas diterimanya.
Hernandez, pemain paling prolifik Mexico, menerima €5.4 juta untuk perjanjian lebih tiga tahun itu.
🇲🇽 The most prolific Mexican goalscorer ever. pic.twitter.com/9zFiFIAM7q
— LA Galaxy (@LAGalaxy) January 21, 2020
Bercakap kepada wartawan, Javier Hernandes menyifatkan perpindahannya kali ini sebagai: “Masa yang tepat dan peluang yang tepat.”
Javier Hernandez mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Zlatan Ibrahimovic.
What Los Angeles has been waiting for. @CH14_ pic.twitter.com/IS5E3rksWo
— LA Galaxy (@LAGalaxy) January 21, 2020
“Ramai yang akan berkata, saya datang ke sini kerana gagal di Eropah. Namun, dalam bola sepak, kadangkala ada perkara yang kamu tak mampu kawal dan jangka.”
“Dalam masa dua tahun terakhir ini, para pengurus lebih memfokuskan untuk menaikkan keyakinan pemain lain, berbanding dengan saya.”
“Dan sekarang, LA Galaxy, pengurus, kelab ini, dan liga ini, memberitahu saya: ‘Dengar Javier, kami mahu memberikan kamu kepercayaan dan keyakinan kamu sepenuhnya untuk membantu kamu’.”
“Itulah sebabnya saya datang ke sini.”
Hernandes memulakan karier profesionalnya dengan Guadalajara. Beliau kemudian menyertai Manchester United pada 2010. Beliau cepat memberikan impak.
Walaupun bukan menjadi penyerang pilihan utama ketika itu, Chicharito tetap mampu menjaringkan 20 gol pada musim pertamanya, di semua kompetisi. Beliau menjadi bahagian penting yang membantu Red Devils memenangi EPL dan mara ke Liga Juara-Juara Eropah ketika itu.
Imaginémonos cosas chingonas. pic.twitter.com/uYK2rxpmAH
— LA Galaxy (@LAGalaxy) January 21, 2020
Namun selepas era Sir Alex Ferguson, beliau bergelut untuk meyakinkan pengurus lain. Louis Van Gaal kemudian menghantar beliau ke Real Madrid secara pinjaman.
Beliau mendapatkan semula prestasi terbaiknya ketika di Bayer Leverkusen, ketika menyertai kelab itu pada 2015. Chicharito menjaringkan 28 gol dalam 54 aksi Bundesliga.
Ketika West Ham mendapat dana perpindahan yang besar, beliau ditandatangani kelab tersebut pada 2017. Hernandez menjaringkan 27 gol bersama West Ham. Dan kemudian beliau menyertai Sevilla.
Hernandez tidak berapa menjadi di Sevilla, lalu memutuskan untuk menerima tawaran LA Galaxy yang dianggap beliau sebagai terbaik untuk kebangkitan kariernya.