Perlawanan di antara 2 seteru, Amerika Syarikat (AS) dengan Mexico menyaksikan kemenangan mudah buat El Tri.
Mexico menguasai sebahagian besar daripada perlawanan ini, terutamanya 20 minit pertama.
Javier Hernandez membuka tirai jaringan selepas aksi lincah pemain sayap mereka, Tecatito yang me-nutmeg Sergino Dest. Tecatito kemudian melakukan hantaran silang yang ditanduk oleh Javier Hernandez dengan sangat cantik.
Gutierez kemudiannya menambah 1 lagi gol pada minit ke-78 selepas aksi gugup penjaga gol AS, Zack Steffen.
Pemain gantian, Antuna, menjaringkan 1 lagi gol lewat perlawanan menerusi serangan balas pada minit ke-82.
Pada 2 minit terkahir perlawanan, AS diberikan sepakan penalti. Josh Sargent mengambilnya, bukan bintang utama mereka Christian Pulisic. Sargent gagal menyempurnakan tugasan itu.
Ini merupakan kekalahan pertama AS di tangan Mexico dengan margin 3 gol, sejak kekalahan besar terakhir mereka (AS di tangan Mexico) adalah 0-5, pada 2009 di Piala Emas Concacaf.
El Tri menewaskan AS dengan jaringan 1-0 beberapa bulan lalu dalam final Piala Emas Concacaf.
Rekod 6 perlawanan terakhir AS ke atas Mexico amat merisaukan. Di mana Mexico menang 4 daripada 6 pertemuan terakhir, dengan 1 seri.
Kekalahan ini pastinya tidak digemari oleh penyokong AS kerana ianya dianggap perseteruan serantau.
Ada juga yang mulai risau tentang jurang kualiti di antara Mexico dan AS yang kian nyata.
Column from the Meadowlands: The gap between USA and Mexico is bigger than it has been in yearshttps://t.co/T33etSBA5Z
— Subscribe to GrantWahl.com (@GrantWahl) September 7, 2019