Kelab amatur dari Kuala Lumpur, Cheras Raptors hari ini dengan gembiranya mengumumkan kerjasama dengan sebuah kelab dari Sepanyol iaitu Palamos CF.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kelab di media sosial mereka, Raptors memeterai usaha kerjasama antara dua kelab dengan Palamos merupakan pasukan dari wilayah Catalonia.
“Kelab Bolasepak Cheras Raptors FC, kelmarin telah membuat penjanjian MOU bersama kelab Palamos FC yang berpengkalan di pekan Costa Brava, di daerah Catalonia, Sepanyol,” kata mereka.
Peluang menimba ilmu
Menurut Raptors lagi, kerjasama yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan ini bakal memberikan manfaat yang baik buat mereka.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan mereka itu juga, Raptors berkata pemain kelab akan dapat peluang untuk menimba ilmu dengan berlatih dengan Palamos di Sepanyol.
“Antara teras kerjasama ini adalah termasuk kerjasama mengadakan klinik bola sepak dan menaja beberapa pemain Cheras Raptors menimba pengalaman di sana.”
Kerjasama ini dimeterai antara Raptors dan juga Palamos menerusi syarikat Perfect Football EU.
Dengan kerjasama ini telah menjadikan Raptors sebagai salah sebuah kelab Asia Tenggara yang menyertai ASEAN Partnership Programe Palamos.
Palamos CF adalah sebuah kelab yang beraksi di Tercera Division Group 5 yang merupakan divisyen ke-5 di Sepanyol.
Raptors mengikuti jejak langkah Kerteh dan Langkawi City yang bekerjasama dengan kelab luar seperti Sant Andreu (Sepanyol) dan Borussia Dortmund (Jerman).
Semoga terus maju, Cheras Raptors!