Chengdu Tiancheng Sah Muflis, Apa Kaitannya Dengan Sheffield United?

Penulis sebagai penyokong Manchester City tidak sedikit pun hairan tatkala Citizens mengumumkan pembelian Melbourne Heart. Kemudiannya, Melbourne Heart dijenamakan kepada Melbourne City.

Hal yang sama dilakukan oleh Tony Fernandez ketika menjenamakan semula Air Asia All Stars FC kepada Petaling Jaya Rangers. Beliau menganjurkan satu pertandingan mencipta logo baru kelab.

Pemenang logo diumumkan, beliau adalah Rafizi Ibrahim dan logo yang dipilih adalah yang bermotifkan logo Queens Park Rangers, kelab Inggeris yang dimilki oleh Tony Fernandez.

Sebelum ini sudah banyak kelab Inggeris membeli kelab lain dan dijenamakan semula. Namun publisiti mereka tidaklah segah Melbourne City.

From Sheffield To Chengdu

Chengdu Tiancheng, antara kelab luar yang dibeli oleh Sheffield United dari England. Pembelian kelab China ini berlaku pada Januari 2006.

Pada waktu itu, Sheffield United sedang bersaing dalam Championship untuk naik ke Premier League. Pembelian itu menyebabkan kelab ditukar nama menjadi Chengdu Blades. Jangankan nama, logo ditukar mirip seperti kelab England itu.

Motif pembelian ini lebih kepada melihat potensi Chinese Super League yang dilihat berkembang pesat. Namun selepas itu ia agak menurun sebelum naik semula dalam 2 musim kebelakangan ini.

Chengdu Blades bermain di Chinese League One. Pada 2007, mereka layak ke Chinese Super League setelah mendapat tempat kedua Chinese League One.

Mereka bersaing dalam Chinese Super League sehingga 2009. Ia dianggap satu permulaan kepada kejayaan yang lebih besar dalam projek mereka.

Kaitan mereka dengan Sheffield United, membuatkan mereka menjadi pilihan oleh Chelsea dalam perlawanan pra musim 2008.

Chelsea’s Deco (2nd-R) eyes the ball during a pre-season friendly match between Chelsea and China’s Chengdu Blades in Macau on July 26, 2008. Chelsea was leading 3-0 at half time. AFP PHOTO/PHILIPPE LOPEZ (Photo credit should read PHILIPPE LOPEZ/AFP/Getty Images)

Namun, malangnya pada akhir musim 2009, mereka turun semula ke Chinese League One.

Impian ranap

Hubungan istimewa ini tidak lama. Setahun selepas mereka terhumban ke Chinese League One, kelab ini dijual kepada syarikat tempatan.

Agak ironi kerana ketika pembelian ini, seorang pegawai pasukan daripada Sheffield United pernah menyatakan :

“Kami mengharapkan salah seorang pemain akademi Chengdu Blades akan bermain pada Piala Dunia 2018!”

Ia sangat optimistik. Mereka turut menyediakan infrastruktur lebih baik termasuk mewujudkan akademi bola sepak.

Namun, sedihya apabila awal tahun ini, Chengdu Blades gulung tikar. Masalah dalaman dipercayai menjadi faktor pembubaran itu. Dariapada terpalit skandal mengatur perlawanan dan pelbagai lagi masalah.

Sayangnya, kerana di kala kehangatan Chinese Super League, mereka pula hanyut dalam cita-cita mereka.

Baca juga : Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016: Apa Reaksi Kami?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN