Cheng Hoe Tetap Berpuas Hati Dengan Prestasi Skuad Harimau Malaya

Keputusan seri 2-2 dengan Mongolia dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam mengundang rasa tidak berpuas hati dalam kalangan penyokong skuad Harimau Malaya.

Ia dianggap sebagai keputusan yang amat mengecewakan apabila mengetahui pemain Mongolia kebanyakannya merupakan pemain berstatus semi professional dan hanya bermain kerana hobi.

Keputusan itu juga bermakna skuad Harimau Malaya masih gagal mencatat sebarang kemenangan selepas 11 perlawanan di peringkat antarabangsa sejak tahun lalu.

Mengulas mengenai perlawanan itu, pengendali skuad negara, Tan Cheng Hoe berkata kepada Berita Harian, anak buahnya sudah melakukan yang terbaik untuk cuba menamatkan kemarau tanpa kemenangan lebih setahun.

“Pemain sudah berikan yang terbaik, saya puas hati cara dengan permainan tapi tak bernasib baik dengan keputusan ini. Saya masih optimistik dengan pemain yang ada ini,” katanya pada sidang media.

Fadhli Shas menjaringkan gol pembukaan untuk skuad Harimau Malaya. FOTO: FAM

Beliau turut mengakui beberapa kesilapan yang dilakukan oleh anak buahnya telah menyebabkan Mongolia berjaya menjaringkan gol penyamaan sehingga memusnahkan impian untuk mencatat kemenangan di halaman sendiri.

“Pemain sudah berikan yang terbaik tapi kemudian melepaskan gol, gol yang dilepaskan oleh kesilapan individu dan kurang fokus,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Mongolia, Michael Weiss tidak menyangka pasukannya mampu mencatat keputusan seri dengan pasukan gergasi Asia Tenggara seperti Malaysia.

“Saya kehilangan tiga pemain terbaik saya, ini hanya lah pasukan simpanan. Ketiadaan pemain ini menyebabkan saya terpaksa mengubah taktik.

“Saya percaya jika saya ada pemain utama ini, kami boleh memberi lebih tekanan di awal permainan,” katanya.

“Pada 15 minit pertama kami bergelut dengan cuaca kerana di Mongolia cuaca sangat sejuk, jadi kami perlu rancang dengan baik untuk menguruskan tenaga.

“Kami mempamerkan taktikal dengan penuh berdisiplin dan berjaya mengganggu permainan Malaysia,” kata bekas jurulatih Filipina itu.

Kesebelasan utama skuad Harimau Malaya menentang Mongolia semalam. FOTO: FAM

Selepas ini, skuad Harimau Malaya akan berangkat ke Beirut bagi menghadapi aksi terakhir kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan pada hari Selasa ini.

Perlawanan itu sekadar pelengkap jadual kerana skuad negara secara rasminya sudah terlepas slot ke Piala Asia 2019.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN