Selepas diberi pilihan sama ada mahu berdepan Bahrain atau Palestin dalam perlawanan persahabatan, ketua jurulatih skuad Harimau Malaysia, Tan Cheng Hoe telah membuat keputusan untuk berdepan dengan Bahrain sebagai lawan yang mampu meletakkan pasukan negara di tahap yang terbaik.
Malaysia dijadualkan bertemu UAE dan Vietnam dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/2023 pada 26 dan 31 Mac akan datang dan Cheng Hoe sebelum ini telah meminta pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengatur pasukan dari Asia Barat yang menduduki ranking lebih tinggi.
Terpulang Kepada Cheng Hoe Untuk Adakan Perlawanan Persahabatan Atau Tidak – https://t.co/jiOXJUPqLL pic.twitter.com/BMnzVKSXJ1
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 27, 2019
Bahrain baru sahaja menjuarai Piala Negara Teluk Arab dan pasukan yang menduduki ranking ke-99 dunia itu telah menyatakan persetujuannya untuk menerima kunjungan Malaysia. FAM turut menerima tawaran daripada Palestin untuk perlawanan persahabatan yang dirancang diadakan di Gaza pada 21 Mac.
“Baru-baru ini, Bahrain merupakan juara Piala Asia Barat dan jurang mereka tidak jauh dengan UAE.
“Jadi, ia satu pilihan yang terbaik dan sudah pasti kami memerlukan satu perlawanan persahabatan,” katanya ketika ditemubual Stadium Astro.
Bekas Penyerang Felda United Thiago Augusto Julang Piala Negara Teluk Bersama Bahrain – https://t.co/769XvxbNaF pic.twitter.com/ARVTJ9fggm
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 10, 2019
Malaysia sebelum ini memilih Tajikistan yang berada di ranking ke-116 dunia sebagai lawan untuk aksi pemanas badan sebelum bertemu Thailand dan Indonesia dalam Kelayakan Piala Dunia.
Pendekatan tersebut ternyata berkesan dalam meningkatkan keyakinan dan moral pemain dan Malaysia telah menang kesemua tiga perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu.
Pemerhati bola sepak negara, Asmawi Bakiri bagaimanapun menyatakan skuad kendalian Cheng Hoe itu akan berdepan dengan cabaran yang berbeza atas faktor aksi Liga Malaysia (Liga-M) yang baru bermula tidak sampai sebulan.
Perlawanan Persahabatan: Ledakan Safawi Rasid Bantu Malaysia Kejutkan Tajikistan – https://t.co/irs9ax8h9U pic.twitter.com/WCijf4Gw1D
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) November 9, 2019
“Ketika menentang Bahrain nanti, saingan liga mungkin baru melepasi enam atau tujuh perlawanan. Jadi, pemain yang dipilih perlu bersedia untuk berdepan UAE.
“Tetapi melalui proses perlawanan persahabatan dengan Bahrain itu sesuatu yang cukup baik,” katanya.
Kredit Foto: FAM