Isu di benteng akan menjadi fokus utama buat pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe dalam aksi persahabatan menentang Uzbekistan pada malam nanti dengan masih berkira-kira mengenai peledak utama.
Baginya, isu paling penting adalah benteng yang bakal berdepan cabaran daripada penyerang berkelas dunia yang dimiliki lawan itu. Dibolosi empat gol berdepan Jordan adalah satu pengajaran besar buat mereka.
It's rare for an Uzbek to break into top-flight European football. The family of Eldor Shomurodov had been trying for generations. https://t.co/fbPkJwyaWP
— Eurasianet (@eurasianet) October 6, 2021
Berdepan penyerang yang beraksi di Serie A bersama AS Roma, Eldor Shomurodov dan pemain tengah kreatif, Jaloliddin Masharipov memerlukan skuad yang lebih utuh dan melihat kenyataan Cheng Hoe itu, mungkin kita akan saksikan dua pemain tengah bertahan bakal diturunkan iaitu, Akram Mahinan dan Kenny Pallraj.
Ketika berdepan Jordan, skuad kebangsaan menyenaraikan Akram Mahinan dan Nazmi Faiz di jentera tengah.
Untuk berisan pemain di benteng pula, mungkin Aidil Zafuan dan Rizal Ghazali sahaja yang akan dikekalkan sebagai pemain utama sementara perubahan dijangkakan untuk tempat Irfan Zakaria dan Ariff Farhan.
Mengenai siapa yang bakal mengemudi jentera serangan, Cheng Hoe berkata beliau akan melihat kepada kesesuaian taktikal yang bakal diterapkan dalam perlawanan itu dan Guilherme de Paula juga boleh diturunkan.
“Sama ada mungkin kita akan kekalkan de Paula atau sebaliknya, kemungkinan kita akan bermula dengan Syafiq Ahmad atau Luqman dengan kedua-dua pemain itu ada potensi yang baik juga di pentas antarabangsa.
“Kita masih ada satu atau dua hari untuk buat senarai akhir kesebelasan utama. Bukan sahaja di bahagian serangan, kita perlu lihat keseluruhan pasukan,” jelas Cheng Hoe dalam sidang media maya, semalam.
“Pemain nombor 14 [Eldor Shomurodov] sangat bahaya serta pemain nombor 10 [Jaloliddin Masharipov] dan beberapa pemain mereka yang beraksi di luar negara adalah bagus. Jelas mereka berkualiti. Kekalahan dengan Jordan adalah pengajaran berguna. Para pemain sedar kesilapan mereka dan telah belajar mengenainya.
“Mereka sedar yang rentak di skuad kebangsaan adalah sangat berbeza dengan apa yang mereka lalui dalam saingan tempatan di Liga Super sebelum ini. Kami perlu beri lebih fokus di benteng agar tidak melepaskan gol mudah lagi seperti berdepan Jordan tempohari,” tegas Cheng Hoe mengenai fokus utama mereka nanti.
Selain itu, Cheng Hoe juga mungkin bakal menagih khidmat penjaga gawang berpengalaman, Khairul Fahmi.
https://www.youtube.com/watch?v=xMTgEICcfZw
Dalam tiga aksi berdepan Uzbekistan sebelum ini, skuad negara tewas dua kali dengan keputusan 1-3 iaitu dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2011 pada 2009 dan tumbang 0-5 dalam kejohanan Piala Asia 2007.
Untuk dua aksi terkini timbal balik berdepan Uzbekistan, Malaysia berjaya mencipta gol dalam kedua-dua perlawanan menerusi Zaquan Adha Abdul Razak dan Baddrol Bakhtiar, namun tewas 1-3 di akhir perlawanan.