Reaksi pelbagai peminat bola sepak tanah air mengenai senarai 28 pemain termasuk penyerang muda negara Luqman Hakim Shamsudin yang dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan mendapat respon ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe.
Pemain berusia 19 tahun itu telah pun diberi pelepasan oleh kelabnya KV Kortrijk untuk pulang ke Malaysia untuk menerima panggilan pertama bersama skuad senior.
Muka-muka baharu yang lain adalah Rahadiazli Rahalim (Terengganu FC), Ramadhan Saifullah (Johor Darul Ta’zim) dan pemain naturalisasi baharu negara Guilherme de Paula (Perak FC).
Dalam temubual bersama Astro Arena, Cheng Hoe menjelaskan sebab mengapa beliau memanggil Luqman dari Belgium untuk bersama-sama menjalani latihan yang akan berlangsung di Johor Bahru itu.
“Mengenai Luqman, dia seorang pemain muda yang berpotensi yang besar untuk diketengahkan dalam skuad kebangsaan,” ujar jurulatih berusia 52 tahun itu.
“Dalam perjalanannya bersama skuad B-19 dan B-23 kebangsaan, dia menunjukkan kemajuannya cukup baik daripada segi penyudah dan keberaniannya.
“Sudah banyak kali saya beritahu akan serapkannya dalam panggilan skuad kebangsaan kali ini.”
Dalam pada itu, timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong di media sosial mengenai keputusan Cheng Hoe untuk menyenaraikan De Paula walaupun penyerang kelahiran Brazil itu gagal mempamerkan aksi memberangsangkan bersama Perak pada musim ini.
“De Paula sudah lama dalam kancah di Malaysia. Mungkin faktor pertukaran taktikal dan jurulatih, mungkin dia belum serasi dengan jurulatihnya,” katanya lagi.
“Bukan saya kata jurulatih tersebut (Choong Yee Fatt) tidak bagus, mungkin De Paula perlu mengambil sedikit masa, tapi dia mempunyai penyudah yang baik.
Kem latihan pusat skuad Harimau Malaya akan berlangsung selama sembilan hari di Pusat Latihan Padang Seri Gelam milik pasukan JDT bermula Isnin, 22 Mac 2021 hingga Selasa, 30 Mac 2021.
Siaran Media: Senarai 28 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Skuad Harimau Malaya Dari 22 Hingga 30 Mac 2021
Kem latihan pusat selama sembilan hari bagi skuad kendalian Tan Cheng Hoe ini akan diadakan di Johor Bahru, Johor.
Baca penuh di https://t.co/k4E3N7EVTp#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/VZynKH4G4j
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 15, 2021
Ia sebagai persiapan skuad Harimau Malaya menjelang baki tiga perlawanan terakhir Kumpulan G bagi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan diadakan secara berpusat di UAE yang mana Malaysia dijadual bertemu UAE pada 3 Jun, Vietnam pada 11 Jun dan Thailand pada 15 Jun 2021.
Kredit Foto: FAM
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan Luqman Hakim dan skuad kebangsaan:
Feichtenbeiner: Luqman Hakim Buktikan Pemain Muda Malaysia Perlu Berani ‘Keluar’
Tan Cheng Hoe Buat Penstrukturan Semula Pemain Harimau Malaya
FAM, KBS, MSN Temui Jalan Penyelesaian Demi Kejayaan Harimau Malaya