Cheng Hoe Akui Skuad Tempang Tanpa Aidil & Shahrul, Tae-yong Puji Aksi Indonesia

Pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe memberi kenyataan dengan ketiadaan Aidil Zafuan dan Shahrul Saad menjadi punca utama kekalahan di tangan Indonesia.

Jelas keputusan 1-4 memberi tamparan besar buat kem kebangsaan terutama Cheng Hoe yang melihat kelonggaran teruk di bahagian pertahanan pasukan.

Cheng Hoe menjelaskan dua gol mudah yang dijaringkan Indonesia berpunca daripada kesilapan mudah pertahanan serta mengakui terasa dengan kehilangan dua tonggak pertahanan Malaysia yang mengalami kecederaan.

Beliau juga menambah yang pemain Indonesia yang sentiasa bersemangat dan pantas menghukum kealpaan pertahanan Malaysia biarpun pada awalnya skuad negara mendahului lawan.

Rakan sejawat Cheng Hoe, Shin Tae-yong pula tidak putus memberikan kata-kata pujian buat barisan pemain beliau yang dilihat memberi prestasi yang baik.

Ulas beliau, para pemain semakin meningkat dan mengakui cukup gembira dengan prestasi semasa pasukan yang berkembang.

Beliau juga mengucapkan terima kasih buat para pemain yang telah memberikan segala yang terbaik dalam perlawanan semalam.

Aksi separuh akhir nanti menyaksikan Indonesia bakal bertemu tuan rumah, Singapura.E Manakala bagi pasukan Thailand pula akan membuat perhitungan bersama Vietnam pada hari Rabu ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN