Cheng Hoe Ada Ramuan Bentuk Skuad Kebangsaan Yang Mantap

Tan Cheng Hoe

Baru-baru ini media tempatan melaporkan 14 pemain naturalisasi yang berdarah campuran sedia dipanggil untuk menyertai skuad Harimau Malaya.

Daripada senarai 14 pemain yang berdarah campuran itu, hanya Matthew Davies, Brendan Gan, Khair Jones, Kiko Insa dan Darren Lok yang pernah menyarung jersi skuad Harimau Malaya.

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui sudah ada beberapa nama yang bakal dipanggil ke latihan pusat skuad kebangsaan untuk persiapan perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan bulan depan.

Walaupun enggan mendedahkan nama pemain yang akan dipanggil, beliau merasakan gabungan pemain muda, senior dan pemain naturalisasi yang berdarah campuran menjadi taruhan terbaik untuk membentuk skuad kebangsaan yang mantap.

Kiko Insa dalam perlawanan persahabatan menentang Syria. Foto: www.asiana.my

Beliau bercakap kepada Berita Harian, ia sesuatu yang tidak realistik untuk memanggil semua 14 pemain itu kerana ramai pemain tempatan mempunyai kualiti yang sama dengan 14 pemain itu.

“Ia satu idea yang baik untuk membawa masuk pemain naturalisasi ke dalam pasukan tetapi jika pemain tempatan sama bagus, saya tidak boleh mengetepikan mereka.

“Penyelesaian terbaik ialah skuad campuran pemain tempatan dan naturalisasi,” katanya.

Namun begitu, Cheng Hoe menegaskan hanya pemain yang mempamerkan prestasi terbaik dalam saingan Liga M sahaja yang akan dipanggil mewakili negara di peringkat antarabangsa.

“Masih ada beberapa minggu sebelum panggilan pertama dan pemain-pemain yang mempamerkan prestasi terbaik dalam liga akan diberi keutamaan untuk mewakili negara.

“Pemain naturalisasi mungkin tidak mempunyai banyak pengalaman di peringkat antarabangsa tetapi mereka mempunyai pengalaman berharga beraksi di Eropah dan negara asal mereka. Ia akan memberi kelebihan buat kita jika mereka dipanggil,” jelasnya.

Sesi latihan skuad Harimau Malaya ketika di Buriram. (Gambar: FAM)

Bekas jurulatih Kedah itu turut akan menilai persembahan pemain muda  yang beraksi ketika Kejohanan AFC Bawah 23 Tahun di China dan turut memantau prestasi beberapa pemain senior yang berpengalaman dalam saingan unifi Liga Super Malaysia 2018.

Beliau turut menyifatkan cadangan untuk menggunakan 100% pemain muda dalam skuad Harimau Malaya tidak boleh dilakukan kerana pemain ini masih mentah dan memerlukan bimbingan daripada pemain yang lebih berpengalaman.

“Pandangan yang mengatakan sudah sampai masanya rombakan besar-besaran dilakukan ke atas skuad kebangsaan dengan menggunakan sepenuhnya tenaga muda tidak boleh diguna pakai. Kita tetap perlukan pemain senior,” tegasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN